Itu ayat yang keluar dari mulut Qila bila kami sampai ke rumah baru kami... Seingat aku, aku takde pulak cakap dengan dia yang kami ade rumah baru... Sebab masa kami pilih dan bayar deposit rumah ni, Qila kurang sihat dan masih di rawat di hospital..... Entah bila ek dia tahu.. Aku pun tak sure......
So ini kali kedua aku jejak kaki rumah ni selepas kami dapat kunci 5 hari lepas.... Masa ni bukan datang buat apa pun... Just berbincang dengan mamat buat grill rumah.. Dia nak ukur pintu tingkap semua dan bagi quotation...
Pening jugak nak pilih grill jenis ape.. Dalam kepala hotak aku yang cerewet so-so ni, aku tanak grill yang berukir bunga ke kerawang tu semua... Lebih2 color gold tu... Soooo not me.. Aku just nak grill putih bersih tanpa ada sebarang ukiran.. Simple dan smart dimata aku.. So jenis wrought iron tu memanglah aku tanak sama sekali.. Tak sebayang kepala Ariq tersangkut kat bunga2 ukiran kerawang tu.. Nauzubillah... Huhuhu... Cantik mmg cantik tapi not my taste uols..
So play safe.. Better ambil grill putih yang simple sahaja... Sesuai dengan taste dan yang penting BAJET.. Ihiks..
Gate depan ni maintain lah yang itu... Dah buruk nanti aku tukarle lain.... Hajat hati nak pasang wood gate.. Aku mmg suka privacy, tak suka org lalu depan rumah dok skodeng rumah aku.. Huhuhu.. Tu later lah bila gate ni dah buruk.. :pAku suka rumah yang nampak santai untuk relax.. Tak terlalu moden dan tak terlalu urban.. Ala2 sejuk mata memandang... Gedik kan?
Ini budak sangat happy lari sana sini sebab porch sangat luas... Angin pulak sangat sejuk dan sepoi2 bahasa sebab baru lepas hujan.. Lagipun kawasan sini mmg windy akhir tahun macam ni.. Sejukkk je..
Qila pun excited... Asyikkk keluar masuk bilik dia... Siap dah declare dia nak tidur seorang kat dalam bilik... Hermmm... Iyelah tu... Tapi kalau betul, alhamdulillah.. :)
Suka sangat posing peace-cantum dia tu... Huhuhu...
Lately ni aku sefamily mmg agak sibuk uruskan hal rumah.. Bi nak settle everything sebelum dia start kerja next month.. So nak tanak kami kena pindah gak ke rumah ni this month! Gila kan.... So mmg rushing untuk siapkan grill dan lighting semua paling lewat middle January... Pengsan..... Tu belum lagi langsir rumah tu semua... Haiyooooooooo..
Takpe... Slow slow maybe dipermudahkan Allah s.w.t.. Amin...
Lampu, kipas & aircond semua dah settle pilih tinggal nak pasang je... Pening jugak nak matchkan lighting dengan konsep yang dingini... Harap2 nampak oklah nanti....
Meh nak tunjuk sket rumah kecilku ini...... Syukur alhamdulillah dapat gak beli rumah walaupun bukan pakai government loan... Takpe... Belum ada rezeki nak guna government loan tu... Rumah kedua nanti gunalah.. InsyaAllah.....
Semoga segalanya dipermudahkan..... Dan semoga projek menghias rumah menjadilah hendaknya... :)

































