Khamis, Mei 23, 2024

Oishino Hakkai Village, Yamanashi

Masa trip ke Tokyo last Februari, sajalah sewa kereta selama 6jam sebab masa suntuk kan, day trip je pund ari Tokyo, so malas nak bazir masa ambil hop on hop off bus.. Sebabkan datang hari ahad, so decided untuk sewalah kereta.....

6 jam dalam 7000yen atau 8000yen tak silap lebih kurang macam tulah harga dia. Masa otw tu mmg tak jangka akan snow tebal.... Tertidur dalam bas dari Shinjuku ke Kawaguchi Station...

Masa nak dekat sampai, terjaga dari tidur maaaaaaaakkk terkejut seluruh kawasan putih salji...

Hapo.. Memang tak nampakle Mt Fuji nampak gayanya ni.... Huhuhu...

Tapi, snow tebal lebih2 fresh snow macam ni pun cantik sangat dah yols....
Our first pit stop lepas ambil kereta adalah Oishino Hakkai Village. Sini lah terletaknya 8 ponds (tasik) kecil di dalam satu kawasan kampung di Yamanashi ni... Rasanya masih ada local tinggal di kawasan ni... Kedudukan ponds yang dekat2, buatkan tempat ni menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia.

Sebabnya, kalau cuaca baik, akan nampak Mt Fuji tersergam indan di background setiap gambar. Cantilah kan blkg Mt Fuji, depan ada lake dan rumah village yg cantik...... Hari2 view macam ni haih mmg tenang wey...

Kami terus makan di sini sbb tak tahan bau sedap udang dan ikan bakar... Udang ni dalam RM31 bersamaan 1000yen..

Sedapnyeeeeeeehhh makan panas. Ikan bakar dia pun ya Allah sedapnya....



Tapi yang menjual tu filipino... hahahahah.. Lantakle kome

Kami lama gak kat sini..... Tapi bila tourist dah mula ramai, semak wey.... Kami pun gerak le ke Yamanakako Lake pulak...

Lebih kurang 30 minit juga drive ke sana dalam snow tebal tu... Erk scary wey... putih je risau termasuk longkang je hahahahah

Tiada ulasan:

Oishino Hakkai Village, Yamanashi

Masa trip ke Tokyo last Februari, sajalah sewa kereta selama 6jam sebab masa suntuk kan, day trip je pund ari Tokyo, so malas nak bazir masa...