Mengada kan? Padehal Disember tuhari baru balik dari Korea... Like macam baru je 7 bulan tak travel tapi alahaaaiii rasa rindu nak travel...
Selalunya bulan2 macam ni dah sibuk gila buat itinerary.. Book hotel book pakej yada yada yada...
Tapi tahun ni pun sebenarnya mmg tak plan nak travel jauh sebab Qila sepatutnya UPSR. Dan Ariq UPKK. Mummy nak spend more on education diorg like macam personal tutor dan sebagainya.. Pastu InsyaAllah persediaan masuk ke boarding school bukannya murah..
So mmg dah plan nak save duit utk benda lebih penting...
Tapi tulah manusia ni kan selalu feeling.... Selalu berangan bestnya nak travel lagi....
Padehal penat sebenarnya travel dgn anak2 ni... Sebelum, semasa, selepas...
PENAT. Kalau korang nak tahu luggage bari Korea belum simpan lagi sepenuhnya..
Pemalas betul...
Sebenarnya bila lama sangat MCO ataupun skrg senang org panggil PKPP.. Anak2 takde pun terkesan sangat... Diorg happy je duduk rumah asal ada phone, internet dan TV... Syiok ar kan takyah gi tusyen bagai..
Qila naik 10kg dua bulan ni makannnnn je kerja dia..
Ariq maintain...
Amily tak sure plak sebab terlupa plak nak timbang dia.. Uhuks
Sbb Mummy dah terkejut beruk Qila naik 10kg!!
Pitam mak kau... SO aku jadi anxiety kalau tak sekolah jugak berapa lagi berat dia akan naik... Ya Allah risau aku..
Dahle anak dara...
UPSR plak takde..
Aduhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaiii... Stress fikir apa akan jadi..
Skrg Mummy dah start kerja. WFH 2 hari je seminggu tu pun mohon dgn boss dgn penuh drama dan isu.. Aku tahu ramai yang berbulu dan tak puas hati tapi ada aku kesah?? Aku hidup bukan utk puaskan hidup org lain. Aku hidup atas diri aku dan anak2.. I dont give a damn shit pada orang lain yang banyak mulut tu..
U can go to hell.... Bawak mulut dan perut kau sekali noks..
So far anak2 stay kat rumah.. Mama baru operate injap jantung kat IJN 5 Mei lepas dah boleh bangun sikit dan masak apa dia nak makan. Oklah tu..
Kenalah berdikari jugak sbb aku dah start kerja. Dia kena hadap dan kuatlah...
Takleh nak lembik2 dah.. Aku dah pesan dah kalau aku dah kerja mmg aku takleh nak masak banyak2... Untuk tekak kids diorg makan simple2 je tapi mama ni cerewet nau... Nak ikut tekak dia, dia kenalah bangun masak...
Oklah later sambung. Nak berangan gi holiday mana eh...
Eh skrg mood aku tgh nak ubah fengshui rumah...
Dah habis PKP baru lorat... hahahha Masa PKP lempem je duduk rumah tak buat apa...
Inilah manusia.. Hahahah