Khamis, Jun 21, 2018

Selamat Hari Raya!

Akhirnyaaaa... Berakhirlah Ramadhan yang bakal dirindui....

Tiada lagi bangun seawal jam 5 pagi untuk bersahur... Tiada lagi kelam kabut membeli dan menyediakan juadah berbuka untuk anak-anak setiap petang.. Tiada lagi pening serabut nak fikir pasal persiapan raya anak-anak.. Tiada lagi peluang beribadah dengan pahal berganda.. Tiada lagi hari2 langit seluasnya terbuka untuk mendengar segala doa2 kita... Huhuhu...

Setiap tahun macam biasa, petang raya masih di rumah. Sempat gak pergi beli kasut raya Mummy, kemas rumah dan packing 2 bag besar untuk kami anak beranak.. Baju dan spender memasing bawak kemain banyak tapi bila sampai kampung ade je benda tinggal... Dua bag besar diasingkan untuk rumah mertua dan kampung belah Mummy.. Tapiiiiiiiii agihan spender tak sama banyak di setiap bag.. Sengal.. Hahahahaha..

Ok. Dah jadi kelaziman akan beraya di rumah mertua dulu.. Walaupun Daddy dah tiada, mereka tetap abah dan mak Mummy dunia akhirat. Atuk dan Nenek kepada anak2 Mummy dunia akhirat. Jadi janganlah pelik angkat2 kening kalau Mummy beraya kat sini setiap tahun. Sebabnya......
Kami akan ke pusara Daddy setiap pagi raya..... Hujan ke lecak ke, ini memang wajib.... Tahun ketiga beraya tanpa Daddy selamanya... Anak2 ini sangat memahami dan tidak pernah sekali pun merungut... Senyum sentiasa terukir ketika menziarahi pusara Daddy..... 

Lepas bermaafan bersama Atuk dan Nenek, kami ke rumah Nenek Yam.. Ni Mama Mummy... Actually, sejak Nenek Yam kahwin lain, kami jarang dah beraya dulu dengan Nenek Yam sebab nenek Yam akan beraya kat rumah Atuk dgn anak2 tiri dia dulu... Setiap tahun dia kenalah ikut suami dia... So dalam tghari baru kami pergi beraya kesana.. Nasib baik dalam Melaka jugak.. Heheheh...

Kat rumah Atuk, ada pokok mangga sesuai utk OOTD... Hahaha



 
Tapi tak sempat nak ambil gambar dengan Nenek Yam dan Atuk sebab Atuk dah gi masjid sebab nak solat Jumaat. Lagipun rumah Atuk penuh denagn anak2 dia dan cucu2... Kelam kabut sikit. Masa tulah nak berkenalan dan berbual kan... Mummy kan peramah... (kononlah)

Petang, kami terus pulang ke kampung di Muar. Belah Nenek Yam. Konvoi sekali 2 kereta...

Sampai dah petang, terus mandi bagai dan tunggu Busu Boy sampai dari Pontian... Nak main bunga api sama2....

Up sikit gambar raya kedua... Ramai tanya Ariq pakai baju semalam ke... Hey.. Takkanlaaaaaaaaaaaaaahhhh... Baju raya kedua Ariq adalah PEACH. Raya pertama pink belacan. Tak sama hokeh...

Okay... Kami stay 2 malam kat kampung. Amily suka sangat duduk kampung.. Macam belacan baju2 dia okeh... Kat kampung banyak kucing dan ada hamster kak Shameera..

Antara soalan bawang Mummy terima di ketika kunjungan saudara mara adalah :-

"Woaaahh cantik baju... Mesti mahal..."
"Woaahh gelang ni baru ke?"
"Suami mana?"
"Ada dapat pencen perkeso???"
"Arwah dulu sakit apa?"

bla bla bla...

Hahaha.. Itu okeh lagi...

Paling Mummy terdiam, ada sesorang tanya..

"Ada buat kerja part time?"

Hahahahaha.. Nampak susah sangat ke kami ni? Terdiam Mummy tak tau nak jawap apa... Ye betul, Daddy dahulunya memang penyumbang besar pada ekonomi keluarga.. Tapi, nak jaga dan didik anak pun takde masa yang banyak, nak buat kerja part time? Seriously??? Kerja PART TIME?

Terkedu Mummy dengar. Nampak susah ke hidup Mummy ni??? 

Huhuhu.. Ingat lagi sehari sebelum Daddy pergi... Ada kawan Daddy bercakap dengan Mummy. InsyaAllah Mummy boleh laluinya sebab rezeki anak2 yatim ni hanya Allah yang tahu.. Dia dulu pun ayah meninggal sejak kecil, Maknya tidak bekerja tapi rezeki dia dan adik2 tetap cukup sampai mereka semua berjaya masuk Universiti... Mummy ingat lagi kata nasihat dari dia... 

Allah itu maha besar... Maka percayalah akan rezeki kita dariNya... Jangan pertikai dan persoalkan...

Alhamdulillah, setakat hari ini rezeki kami masih ada dan mencukupi makan dan pakai. Alhamdulillah...

Alhamdulillah....

So kepada mereka yang curious sangat nak tahu income Mummy....

Pergi kau membawang disana...

Pfffttthhh!

Eh.

Isnin, Jun 11, 2018

Amily turns FIVE!

13 Mei 2018, genaplah si manja mucuk buah geduak ni berusia lima tahun...

Kejap je sama berlalu... Tahun ni pilih sendiri nak cake apa... Cari punya cari di google, dia sendiri nak cake 2 tiger macam ni.. Heheh.. Mmg dia suka sangat kat lion & tiger...
Comey sangat cake ni........ Ternganga kawan sekelas dia tengok cake ni.. Hahahahaha...
 
 Girls dalam kelas Amily tak ramai rupanya.... Ni aje pun..

Satu kelas ada dalam 16 orang aje... 

Berebut2 dia tiup lilin, takut nau kawan2 dia tiup dulu dari dia... Hahahahaha... 




Selamat Ulangtahun yang kelima sayang... Moga jadi anak solehah baik budi pekerti...
Mummy, Daddy, Kakak & Abang sayang sangat dekat Amily....

Muachs!

Minggu terakhir ramadhan

Dah masuk minggu terakhir Ramadhan....

Alhamdulillah, dua anak2 Mummy - Qila dan Ariq masih berpuasa penuh sehingga ke hari ini... Kehadiran ke sekolah jugak, 100%. takde ponteng pun... Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya..

Sebelum ni masa ada bibik. Bebudak ni kemain manja... Sampai je rumah, tak larat nak sekolah agama.. Tak larat nak puasa... Ade je alasan.. Tahun ni alhamdulillah, takde drama.. Maybe sebab Mummy garang... Hahahaha...

Persiapan tahun ni macam kelam kabut sebab tak prepare awal... Semua macam beli time bulan puasa ni. Penat hokeh... Mummy sampai tak larat nak pilih sangat. main sauk je apa yg bebudak ni berkenan.. Hehehe..

Cookies raya. Macam biasa kena buat satu jenis pun jadilah.. Buat mmg banyak sebab nak bagi mak abah dan adik beradik semua.. Nak bawak balik kampung lagi so mmg buat banyak wpun sejenis aje... berulang ke kedai baking membeli bahan.. Heuheu...

Dua minggu pertama Mummy mmg gigih memasak. Bila sekali dah start makan luar, jadi syiok pulak.. Hahahahaha... So kalau tekak nak makan, kami akan gi makan.. Kalau rasa rajin, masak je makan kat rumah...

Adelah 2-3 kali berbuka kat masjid dan majlis anak yatim.. Anak2 makin selesa dan boleh terima.. Setiap tahun mereka akan kena pergi majlis macam tu...

Semalam dah panggil cleaner datang rumah kemas. So alhamdulillah rumah dah kemas luar dan dalam. So, anak2 ayuh kita balik rumah nenek. Agar, korang tak sepahkan rumah masa cuti sekolah ni.. Hahahah.. Bijak  tak Mummy???? So rumah kekal kemas sampailah raya nanti.. Heuheuheuheu...


So inilah port kami setiap jam 5 pagi dan 7 petang setiap hari.. Heheheh.. Lauk simple je pun  anak2 happy dan ucap terima kasih. Janji air sedap mesti ada iaitu air jus buah sorang satu jug beli kat bazaar... RM5 satu jug hokeh... Dua org RM10 setiap hari.. Huhuhu.. Takpelah janji diorg happy....

ARiq tu wajib ada telur dadar. Memang bertambah2....

21 Mei haritu birthday Qila... So sebelum atuk gi terawikh, kami sambutlah secara kecil-kecilan. Asalkan ada doa dari Atuk, seperti biasa... Cukuplah tu...

Macam biasa, ada orang sentap sebab kakak tak bagi share tiup lilin... Hahahahaha

Nanti nak share gambar2 birthday Amily pulak...

Oklah.... Asal update katanya....






Oishino Hakkai Village, Yamanashi

Masa trip ke Tokyo last Februari, sajalah sewa kereta selama 6jam sebab masa suntuk kan, day trip je pund ari Tokyo, so malas nak bazir masa...