Selasa, Mei 28, 2019

Rindunyaaaa..

Lupakan kisah latest entry aku sebelum ni...

Malas nak fikir dah.. Lantajlah apa nak jadi sekalipun sebab skrg fokus aku yang penting adelah anak-anak....

Itu paling utama......

Yang lain aku akan letak tepi. Hidup ni kena selfish jugak sesekali. Kalau tak orang akan pijak kepala....

Okay jom cerita persiapan raya... 

Hahahaha... Tahun ni anak2 aku baju kurung dan baju melayu masing2 dah settle sorang 3 pasang. Jadilah sampai raya ketiga. Dua aku beli, sepasang lagi sponsored. 

Bila tengok balik koleksi baju2 melayu Ariq... Tetiap tahun akan ada baju melayu pink untuk dia. Hahahaha.. Jangan tanya kenapa sebab aku pun tatau. Sejak Bi takde, aku asyiklah suka sangat pilih color pink pastel atau pink belacan untuk dibuat baju raya. Setiap tahun akan ada warna tu... Gasaklah ikut suka akulah nak pakai warna apa....

Macam biasa, tahun ni beraya kat rumah mertua aku dulu sbb kami nak ziarah kubur Bi... Pastu baru balik Muar sehari dua je sebab Romeo tinggal rumah. Kesian dia....

Lagipun raya ke-4 Qila dah start kelas tambahan untuk UPKK dia...

Untuk raya ni pun aku takde mood sangat nak beraya sebab banyak sangat hal berlaku sebulan dua ni. Kusut..... Keadaan tak sama macam dulu lagi.... 

Tapi family mertua aku macam meriah sebab kali ni akak dah balik from UK for good. So adelah tambahan ahli untuk konvoi beraya nanti... 

Untuk family belah aku, kalau diorg konvoi, aku follow... Kalau takde, takdelah aku kemana-mana sbb aku ni manalah ade laki. Kuasa aku nak gi jalan sendiri.... Family belah arwah abah, dekat2 Melaka je pun. Kalau adik aku ajak gi konvoi, oklah pergi ajelah sekali... kalau tak, tak pergi lah....

Sedih kan? Keluarga tak besar macam nilah... Tak meriah sangat raya kami....

Tapi tetap kasut raya Qila dan Ariq ada TIGA pasang... Huhuhu... Tataulah bila masanya nak pakai tu... Over.... Tapi semua murah2 je... Heheheh

Tak lama lagi nak masuk September, Qila exam besar.. Berdebar2 jugak ni sbab anak pertama kan.... Harapan setinggi gunung. Tahun depan dah UPSR... Lagilah gabra mak kau ni nak...

Macam rasa nak cuti tanpa gaji selama 6 bulan je nak jaga dia kat rumah... Huhuhu... Over tak?

Tapi boleh ke? Dalam 4 bulan pun jadilah.... Sbb duduk kat rumah baby sitter tak selesa lah untuk dia belajar... Sian dia...

Harapan aku, lepas ni hidup aku tenang2 je.... Takde dah drama2 swasta ni... Letih lah....

Aku nak berfikiran positif dan hidup dengan lebih disiplin... 

Nak jaga anak2 dengan baik... jadi ibu yang baik... Untuk anak2 aku..

InsyaAllah...

Korang doakan ye...

Muachs!

Rabu, Mei 15, 2019

Ramadan 2019

Hi korang....

Acaner puasa tahun ni? Dah berapa banyak dah berhabisan di bazaar2 ramadan? Ahaks...

Aku tetiap hari memang kena singgah. Yang anak sulung mesti nak berbuka dengan jus buah. Yang anak no 2 dan no 3 hari-hari nak milo tabur kaw....

So nak galakkan diorg berpuasa penuh. Apelah salahnya beli... Huhuhu..

Kalau nak juice buah, boleh je berbuka kat rumah atuk nenek. Confirm boleh dapat fresh juice yang jauh lebih sedap... So far baru dua kali berbuka dengan atuk nenek (mertua Mummy) sebabnya kan Mama stay dengan aku sejak pakcik takde... Nak harapkan anak laki tunggal kesayangan dia, nan hadoooo... Paling lama dia 'jaga' mama adelah 2 malam jers tu pun mama hangkut balik semua baju2 kotor dia.. Sebelum pergi pun mama dah masak siap2 lauk pauk utk dia berbuka... Hehehe.. Sama je macam tak 'jaga' pun. Sekadar tumpang tidur je.... Balik rumah aku jugak kena basuh semua baju.. Mama memang tak boleh langsung bangun.. Aku tak tahu kenapa, dia mmg grieving lagi..

Kadang2 anak ramai berderet belum tentu boleh menjaga ibu nan saorang... Anak kesayangan, mmg jarang menjaga ibu. Yang menjaga tetap si anak mulut puaka...

Tak caya kau tengoklah sekeliling.....

Ini bukan propa tapi inilah yg berlaku sekarang... Ramai aku tengok menantu perempuan jarang sudi nak jaga mertua masing2. Alangkan nak balik rumah mertua pun liat. Alasan aurat nak kena jaga, rumah sempit panas takde bilik sorang satu... Tak selesa bagai... Inikan pula nak jaga mertua kat rumah sendiri. Takde privacy bagai.... Herm...

Cit podah. Alasan seribu alasan boleh create. Yelah bukan mak kau kan..... Yang laki pun dengar jelah cakap bini tu...........

Aku bukan merungut aku ok jers. Tahun lepas aku anak beranak berbuka & sahur 3 beranak je (Amily tak puasa) sbb bibik dah balik for good. Takde sehari pun dapat berbuka dengan adik beradik aku dan mama sebab diorg sibuk... Hahaha... Sibuk sangatkan sampai takde masa utk berbuka dengan aku & anak2 aku... Puas setting time manjang tak jadi. Menangis aku sedih. Takde sape peduli you alls.... Mengendenglah aku balik rumah mertua tapi masalah problem, mak mertua aku hari2 berbuka mee. Mee basah, mee goreng me bandung mee hailam... Setiap hari sebab abah mertua aku tak lalu makan nasi. Heheheheh.... Tapi takpe, aku tak kisah... Start pertengahan radaman anak2 aku banyak invitation di majlis2 anak-anak yatim so takdelah 30 hari ramadan kami berbuka bertiga je kat rumah pun..

Tapi tahun ni nak bergerak pun susah sbb Mama tak boleh @ tak berani nak duduk rumah sensorang. Dia trauma lagi dan masih murung kesedihan. Sikit2 nanti dia macam nak demam tapi tak demam pun. Haritu aku baru keluar sekejap dengan anak2 tengok End Game, dia dah call cousin aku mengadu cakap dia tinggal sensorang kat rumah sampai jatuh demam... Hahaha.. Aku balik rumah tengok cousin aku dah sampai rumah, dan mama tengah 'demam teruk'.. Padehal aku keluar 4 jam je.. 3 jam movie, 1 jam journey pergi balik mall-rumah. Tapi dah berlaku benda serius kat rumah...

Haruslah aku bersalah.. Sebab sebagai anak, tiada hak untuk aku menang dalam apa jua keadaan pun. Lepas je cousin aku balik, Mama ok je tak demam pun. Itu kes kedua sebenarnya. Kes pertama masa aku balik rumah mertua jap celebrate birthday Mak. 1 jam je yols tapi mama dah create drama dah call adik aku yada yada yada... Aku balik rumah tengok adik aku dah ada kat rumah aku marah2 sebab tinggal mama seorang diri kat rumah... Mama tak pandang aku pun masa tu. Padehal kalau dia cakap dia takut ke apa, aku boleh je hantar dia jap gi rumah adik aku. 5 minit drive je pun... Rumah mertua aku pun 3 minit drive je....

Hahahahaha... Dunia ni dah terbalik. Adik boleh marah kakak. Kalau aku membalas adelah nanti orang yang kecil hati dengan mulut puaka aku ni....

Tapi takpe... Sekarang ni aku redha.. Memang tanggungjawap aku sebagai anak. Kedudukan aku sebagai ibu tunggal bukan alasan untuk aku jaga mak aku sendiri. Berbanding anak lelaki kesayangan yang beristerikan seorang doctor pakar.... Aku jatuh wajib menjaga (bukan secara bergilir ye) sbb aku kakak. 

Takpelah aku redha..... Bilik aku ada seorang lagi penghuni selain anak2.. Bayangkanlah bilik aku ada 5 orang sumbat tidur semua. dah macam setinggan. Mama tak berani tidur sorang. Ariq & Qila pulak tengok mama tidur dalam bilik tu, diorg pun sama sibuk... So jadilah bilik aku macam tongkang pecah dengan tilam queen ada kat lantai yang tidak pernah berangkat sampai bila-bila...

Mesti korang kata aku ni tak bersyukur sbb masih ada mama... Eh apa pulak aku tak bersyukur... Kan aku dah cakap aku redha.. Pagi2 wpun rushing terkejar2 hantar anak2 sekolah, sempat lagi cari bfast untuk mama. Masak nasi. Sesekali adik aku hantar lauk bungkus. Mama memang tak masak. Sesekali je dia masak kalau adik aku tak hantar lauk... Dan dia sejenis yang cerewet makan...

Aku bukanlah rasa mama tu beban. Cuma kalau mama dapatkan kurangkan 'drama' dia tu. Hidup akan jadi lebih mudah. Dia kena kuat. Memang situasi dia dan aku tak sama. Tapi dia kena tolong jugak aku sebab aku struggle uruskan anak2 seorang diri, mama tak boleh ikutkan sangat perasan. Aku kureng ada masa nak layan drama pilu dia setiap hari.. Memang sampai je rumah, terus laju2 masak juadah berbuka.. Hidup starts as early as 4.30am... Dengan ulang alik nak hantar anak tusyen bagai. Seminggu 4 kali anak2 tusyen. Memang pack. Aku takde masa sangat nak ulit dia.. Anak2 sendiri pun terabai... Kalau dia asyik kecik hati yada yada.. Aku hidup takde dalam keredhaan tau tak... Hazab tu wey... Takde redha dia...

Entahlah malas nak fikir sangat sebenarnya......... 

Semoga segala ujian dan dugaan yang Allah berikan ini ada hikmahnya tersendiri... Amin...

Oklah korang, banyak pulak bebelnya...


Oishino Hakkai Village, Yamanashi

Masa trip ke Tokyo last Februari, sajalah sewa kereta selama 6jam sebab masa suntuk kan, day trip je pund ari Tokyo, so malas nak bazir masa...