Khamis, Oktober 20, 2016

Amsterdam-Paris

Bertolak dari KLIA ke Amsterdam seingat aku 10.50 malam. Sempatlah makan dan sembahyang ishak dulu sebelum boarding. Surau KLIA yarabbi teruknya. Scary banyak lipas2 kecik... Tawakal jelah masa aku sujud tu dia tak lalu kat hidung aku... Pui

Ohye, masa ni 2 Oktober 2016. 

Dalam flight aku sempat tengok 3 movie kot.. Lepas dinner, try tidurlah... 12 jam kau dalam tu... Asyiklah tengok jam. Touch down Schiphol Airport Amsterdam dalam pukul 6 pagi waktu sana... Masih gelap.

Agak jauh nak ke transit gate. Maklumlah dari international nak ke domestic.... Nak lepas imigresen lagi... Aduhaaaiiii sesak nafas gak sebab transit 1 jam je pun... Tapi sempat gak beli fridge magnets. 3 untuk 10 euro. Do your maths.
 
Dari Amsterdam nak ke Paris 1 jam je.... Ni masih di airport. Nak terbang dah.....

1 jam kemudian, sampailah di Charles de Gaulle, Paris Airport...

Aiport ni kecik ja... Sebab domestic flight. So ni je ada board yang tulis Paris.... Masa ni baru 8 pagi.... 

Memula sekali kami cari information counter untuk beli Navigo Card. Tak silap aku, kami bayar lebih kurang 27 euro untuk card ni. Kena ada gambar ukuran passport ye... Untuk tampal di card ni. Kat sana guna je card ni untuk naik semua transport - Metro & bas terutamanya. Boleh pakai untuk seminggu. So amat jimat dan berbaloi... Boleh simpan next time kalau nak pergi lagi, just top up 20 euro je..

Memula nak ke airbnb naik train sahaja. Tapi tak tahan sesat dan turun naik tangga.... Kami sepakat naik uber je dari Notre Dame tu... Kena 20++ euro tak silap aku...

Nak book uber pun ada sikit payah sebab tak tahu bercakap french bila org tu call kesesatan... Huhuhu...
  
Kau bayangkanlah dengan luggage besar2 gabak ni turun naik tangga train. Sebab bukan satu line metro je... Kena tukar banyak kali.... Jauh2 lak tu platform dia... Kami nak ke Porte de Cliche.

Paris tak 'bersih' macam korang bayangkan. Hancing dan banyak sampah.... Jauh lagi bersih Singapore nun.... 

Tengok jelah hujung kaki aku tu.... Masa ni ada mat salleh tolong angkat baggage aku. Dia ada pesan suruh aku jaga sling bag aku tu jangan terbukak sebab sana banyak sangat pick pocket... 
 
View sungai Notre Dame... Sini tourist spot. Souvenirs banyak murah sini tapi aku tak beli pun kat sini....

Ok, sampai je airbnb pun ada berlaku kekeliruan sedikit dengan Mr. Amadou. Host rumah... Tapi takpe janji kami dapat rumah yang murah.... 4 malam just RM600++ je ok.... Bagi dua dah jimat sangat noks!!

Sampai je rumah masak nasi, mandi, sembahyang makan semua.... Zassssssssssss keluar laju2...... Tempat pertama dituju adalah 
 
Arc de Triomphe.. 30 minit dari Porte de Cliche. Dah sampai Paris, mesti kena singgah tugu ni... Tugu termasyhur di Paris... Kalau nak tahu, actually aku ni berdiri di tengah2 jalan.. Kereta sikit punya laju... Kau silap sikit je mesti kena langgar... Orang Paris mmg kongajar sikit.. Huhuhuhu...

Kejap je kat sini asal ada gambar... Hehehehe... Lepas tu aku straight ke Champe Elysees. Apa lagi, euro tengah tebal ni kaaaannn.. Heuheuheuheu... Kita tengok apa yang ada di sana... Huhuhu...

Next entry please... 

Rabu, Oktober 12, 2016

London-Amsterdam

Lama kan tak bukak blog ni... Bukannya apa, tak tahu nak cerita apa dulu.. Banyak benda yang terjadi.. Banyak sebenarnya nak update tapi masa tak mengizinkan...

Ok, kebetulan hari ni banyak masa sebab tengah tunggu boarding time di Airport ni... Flight Air France ke Amsterdam dalam pukul 5. Lepas tu straight Kuala Lumpur. 12 hari kat negara orang ni bikin rasa rindu sangat dengan anak2 kat Melaka nun...

Aku kemana?

Jap eh..

Nanti sambung...

Rabu, Ogos 31, 2016

Duit oh duit

Bangun je pagi, (Ye aku bangun lambat gila harini... Balas dendam)

Gosok gigi terus masuk dapur tengok apa nak masak hari ni... Buka fridge, tengok ikan apa yang ada dan decided nak masak kari kepala ikan (merah ke jenahak aku pun tak perasan)

Dan ikan kerisi buat goreng. Kobis bunga buat sayur..

Pung pang pung pang cakap dengan bibik untuk sediakan bahan sekali tengok minyak masak kering kontang takde... Selamba je bibik ketawa then jawap, takpe pakai je minyak sayuran buat goreng ikan. Otako.

Terus aku masuk bilik pakai tudung dan ambil kunci kereta. Kalau dulu, Bi lah tukang runner beli apa je barang yang habis kat rumah ni... Runner naik motor. Kalau naik kereta kang, ramai askar nak ikut dia.. Tu sebab dia paling pantang kalau bibik bagitahu barang habis... Dia selalu pesan pada bibik, jangan dah habis licin baru nak bagitahu. Dan kalau nak suruh beli barang, make sure buat list.. Jangan semata nak beli garam sepaket ko nak suruh aku ke kedai bagai. Memang tak lah... Jangan kata bibik, aku pun akan kena bebel kalau suruh dia beli barang ciput2 ni ke kedai.

Actually kedai tak jauh mana, depan nun je... Tapi leceh ar nak start motor di kala pepanas ni kan....

So aku pun buat announcement, siapa nak ikut Mummy pergi kedai..... Ariq dan Amily jerit2 cakap nak ikut. Qila nak, tapi dia nak sambung makan beehun. So dia tinggal.

Masa undurkan kereta kat porch, aku terfikir. Setiap 2 3 hari ade je barang rumah habis. Beras lah, gas lah, gula lah... Padehal, rabu lepas dah berborong beli barang dapur kat Family Store, still ada je yang tak cukup. Dahle sekali beli beratus habis... 

Aku terfikir, kalaulah aku tiada duit hari ini nak beli minyak? Macam mana nak masak? Apa anak2 aku nak makan? Macam mana orang susah yang kematian suami, tak kerja dan perlu menanggung anak yang ramai. Fakir miskin yang nak menanggung keperluan keluarga. Barang-barang asas minyak beras susu dan sebagainya. Sekarang semua harga barang sangat mahal. Dengan ekonomi teruk macam ni..

Aku tahu, aku sangat beruntung. Aku tinggal di Melaka, Dekat dengan mertua dan mak sendiri. Adik beradik dan saudara mara rapat pun dekat. Kalau takde duit pun, bolehlah menumpang kasih makan di rumah mak. Mak pun selalu belikan lauk basah, belikan barang dapur kering. Macam-macam diberi untuk cucu-cucunya. Tak pernah lagi kami tak cukup makan pakai. Alhamdulillah.

Pada hari pertama Bi jatuh sakit, aku tak pernah fikir tentang masa depan kami kalau apa-apa terjadi pada Bi.. Aku tak tahu dimana datang kekuatan, keredhaan dan rasa pasrah pada ketentuan Allah tentang masa depan kewangan kami. Aku sangat positive masa tu walau duit dalam akaun hanya tinggal beberapa ratus ringgit. Aku hanya mahu Bi sedar dan sihat seperti biasa. Lain-lain aku tak fikir dah. Yang aku ingat, aku fikir kalau Bi tak boleh sedar dalam masa terdekat, tak boleh teruskan bekerja, aku akan sewakan rumah kami dan planning tinggal di rumah mak. Aku akan surrender mana2 kereta yang tak mampu dibayar. Itu sahaja yang aku plan, masa tu... Lain-lain aku tak fikir sebab aku hanya mahu Bi sedar dan keluar dari zon kiritikal.

Aku masih ingat lagi, ketika doktor bagitahu keadaan Bi yang sangat tenat, ada seorang kawan Bi, yang datang melawat ketika itu. Dia kata, dia kehilangan bapa masa dia kecil. Emak dia tak bekerja. Alhamdulillah dia dan adik beradik semua masuk universiti dan berjaya. 

Aku hanya pandang dia dan berkata dalam hati, maybe dia nak sedapkan hati aku je... Aku tahu macam mana sukarnya kehidupan tanpa kasih sayang seorang ayah. Sebab aku sendiri kehilangan ayah ketika baru nak masuk darjah 3... Aku tahu dan faham macam mana perit mama mencari duit untuk membesarkan kami adik beradik. Makan sekadar ala kadar. Nak jumpa Mama sangat susah sebab dia sibuk bekerja mencari duit, Siang malam mama kerja. Meniaga roti canai subuh pagi sebelum pergi office bekerja. Ya memang kami semua berjaya masuk universiti, tapi kehidupan kami tak sama macam orang lain yang ada ayah.

Sekali lagi, aku tidak tahu mana datangnya kekuatan ketika aku menerima jenazah Bi untuk dibawa pulang ke rumah. Aku tidak banyak menangis. Aku cuma lost... Masih belum menerima dan masih belum percaya.

Dan hari ini, hampir 9 bulan Bi pergi... Aku tahu, ramai yang bersimpati. Namun ada juga yang berkata, Allah menjentik aku dengan ujian berat ini untuk menyedarkan aku. Untuk kembali melihat nikmat yang diberikan kepada aku di dunia ini yang selama ini aku dustakan. Hari pertama Bi jatuh sakit, aku terbuka hati untuk melakukan solat taubat. Sebelum aku mampu meneruskan solat fardu dan memohon Dia kabulkan doa-doa aku. Tak lain tak bukan untuk memberikan Bi peluang meneruskan hidup dan juga bertaubat kepadaNya...... Doaku tidak dimakbulkan.

Itu tidak beerti aku tidak redha... Aku redha... Aku terima ketentuanNya. Walau aku hidup di dalam kesedihan kerana terlalu rindukan suami aku. Aku menangis setiap hari tiada siapa yang tahu. Memang aku happy di tempat kerja, kerana aku tidak suka berkongsi kesedihan dan tidak pernah menunjukkan kepada sesiapa, Pada mak dan abah pun, pada mama... Tapi dalam hati aku. Hanya Allah sahaja yang tahu. Hanya Allah tempat mengadu....

Aku kehilangan satu-satunya insan yang kenal luar dan dalam aku sebagai isterinya, kawan baiknya, kekasihnya, ibu kepada anak-anaknya. Menerima aku seadanya... Tentunya aku amat sedih dan rindu. Aku sunyi.. Tiada lagi teman berbual, bergaduh dan berkasih sayang.

Tapi aku redha, ini ketentuanNya. Sudah sampai masanya untuk Bi pergi menemui Penciptanya. Sudah tertulis, jam 10.12 pagi 10 Disember 2015, Bi akan pergi. 

Tiada tanda-tanda yang jelas sebelum intu. Dia cuma teruja untuk membelikan hadiah hari lahir buat Ariq, bersungguh2 menukarkan sekolah anak-anaknya supaya dekat dengan rumah. Itu sahaja.

Ada juga yang bertanya, berapa banyak gaji suamiku. Dia nak tahu berapa 'kerugianku' setelah kematian suami. Hernm... Niatnya mungkin berdasarkan kasihan, tapi.....

Ada juga yang bertanya, berapa pampasan diberi oleh syarikat tempat bekerja,. Sekadar nak tahu cukupke untuk aku meneruskan kehidupan membesarkan anak-anak...

Manusia cukup prihatin walaupun pertanyaan itu menyakitkan..

Alhamdulillah, rezeki anak-anak tidak pernah putus... Selain sumbangan yang diberikan oleh sahabat handai, saudara mara, orang perseorangan dan beberapa organisasi memang di luar jangkaan. Aku pun tak menyangka Bi mempunyai ramai sahabat baik yang prihatin. Dia amat disenangi dan disayangi...

Segala urusan berkaitan peninggalan Bi pun dah selesai dibahagi ikut hukum faraid, Aku bersyukur dan bertuah mempunyai mertua yang sangat baik dan memahami. Urusan harta pusaka berjalan lancar dan hampir selesai sepenuhnya. Alhamdulillah, Faraid anak-anak diuruskan Amanah Raya sehingga umur mereka 18 tahun. Bagi aku, tiada masalah asalkan tidak disalahgunakan. Sekurang-kurangnya ada jugaklah simpanan untuk pembelajaran diorg lepas sekolah nanti...

Sehingga kini pun, syukur... Rezeki senantiasa ada. Mak pun selalu berpesan. Jangan dimanjakan sangat anak-anak dengan wang ringgit. Biar mereka belajar erti kesusahan. Aku sedar kadang2 aku terlalu memanjakan mereka. Apa sahaja kemahuan dituruti semata-mata aku tidak mahu membezakan mereka dengan anak-anak yang mempunyai ayah.

Tapi rasanya aku silap. Tak semua yang berayah hidup senang dan mewah di luar sana, Ada yang susah dan struggle untuk hidup. Sesekali kita kena lihat orang yang dibawah kita. Ada yang lebih susah dari kta sebenarnya. Jangan lihat yang di atas... Selalu pesan pada diri agar sedar diri dan ingat asal usul.. 

Dan aku juga dihujani nikmat Allah tidak henti-henti... Allah sangat sayangkan aku dan anak-anak... Nikmat dulu yang tidak pernah aku rasakan, dan sekarang aku perolehi... Banyak hikmah yang aku semakin nampak saban hari.... 

Ohye, cerita ke kedai membeli minyak belum habis. Dah kerana tiba-tiba teringatkan Bi.... Sebelum sampai ke pasaraya, sempat aku membelok ke pusara Bi.... Rindu. Tak sempat nak beli bunga dan membawa air... Terus pergi sahaja. Rindunyaaaa... Ariq siap pesan-- Daddy duduk baik-baik ye. Jangan lupa mandi.

Kongajor.. Mentang2 aku belum mandi. Dari tadi dia dok zikir2 aku busuk sebab belum mandi. Ah lantak ar... Takde sape nak bau dan ciom pun. Ada aku kesah.

Ohye, dah bawak bebudak ni gi kedai, rasanya berapa kena keluar??? Nak beli minyak, gula pasir & serai je. End up bayar RM32!

Haih.... Duit oh duit...

Rabu, Ogos 10, 2016

Jumaat, Julai 01, 2016

29 November 2015

Petugas ambulan memanggil Bi berkali-kali... Bi hanya memandang lemah tanpa mampu menyahut...

"Stroke ni.."

Hancur hati aku bila mendengar dua perkataan yang keluar dari mulut petugas itu. Aku hanya mampu memegang kuat kerusi meja komputer dan memejamkan mata. Tidak tahu mana datang kekuatan untuk aku terus berdiri tenang di sudut itu. Bila dia mengangkat Bi masuk ke ambulan, aku hanya sempat mengambil segala dokumen penting, wallet Bi, ubat-ubatan dia dan baju sejuk aku.

15 minit kemudian kami sudah berada di hospital.

Bi ditempatkan di zon kuning. Doktor bertanya macam2 perihal sejarah perubatan Bi. Pasal ubat-ubatan yang Bi ambil. Pasal rawatan jantung Bi yang bengkak sejak Mei 2015. Macam2... Yang pasti doktor pun cakap, Bi kena Ischemic stroke -- masa itu.

Bi masih boleh mendengar arahan doktor dengan jelas. Masih boleh mengangguk dan menggeleng, dan bersuara sikit-sikit. Aku diarahkan untuk register kemasukkan ward.

Aku segera whatsapp mama dan adik beradik lain pasal Bi. Masa tu almost pukul 2 pagi.... Lepas settle registered ward, aku suruh Abah balik dulu... Sebab prosedur mesti ambil masa lama.. So abah pun balik. 

Aku sempat cakap dengan Bi, aku tunggu di luar bilik rawatan tu... Bi sempat pegang kuat tangan aku. Aku tahu dia risau dan takut. Aku cium dahi Bi, aku cakap "Ling tunggu kat luar ye" Dia cuma angguk kepala sambil genggam erat tangan aku.. Kalaulah aku tahu itu adalah moment terakhir kami berinteraksi berdua.... Kalaulah aku tahu............

Aku keluar untuk membuat panggilan telefon, lepas tu aku masuk kembali untuk melihat Bi. Dari jauh, aku lihat prosedur ke atas Bi sedang dijalankan. Nurse sedang masukkan tube melalui hidung Bi... Masa tu Bi terbersin, banyak2 kali.. Maybe sebab tidak selesa tube masuk ke hidung dia. Aku tak sampai hati, aku keluar.... Kalaulah aku tahu itu moment terakhir sebelum Bi terbaring lemah dan kaku.....

Aku keluar menjawap panggilan Mama. Aku rasa aku pergi tak sampai 5-10 minit pun. Bila aku kembali, ada seorang doktor kelam kabut cari aku. Sampai bila2 pun aku akan ingat saat tu bila dia kata-- Jantung Bi baru je berhenti selama beberapa minit. Diorang sedang buatt CPR ke atas Bi dan Bi boleh pergi bila-bila masa sahaja...

Ya Allah. Macam nak pecah jantung dan kepala aku dengar ayat-ayat yang keluar dari mulut dia. Aku tak sempat nak bagi reaksi apa-apa. Aku cuma cakap aku minta tolong dia selamatkan Bi, anak2 kami masih kecil. Aku merayu dekat doktor tu. Itu aje yang aku ingat.

Aku terduduk, aku tutup muka aku... Aku menangis sambil berdoa tak henti2 pada Allah agar selamatkan Bi.... Aku tak mampu buat apa, itu aje yang aku terdaya nak buat masa tu, dalam keadaan seorang diri. Aku lost....

Tak ingat pukul berapa... Doktor tu tinggalkan aku macam tu sahaja tanpa apa2 update. Mama dan kak ani sampai tak berapa lama lepas tu. Aku cuba jengah Bi di zon merah. Dia dah tak sedar, badannya penuh wayar dan dibantu dengan mesin pernafasan. CT scan pun tak sempat buat lagi... Bi dah terbaring kaku.....

Hancur hati aku... Bermula lah saat getir.. Saat yang akan aku kenang seumur hidup.... Bi sudah tidak lagi membuka matanya.... Hanya jiwa kami bersatu sejak dari saat itu... Tiada apa lagi...

Sesungguhnya aku tidak sanggup untuk mengingati saat itu. Aku terbayangkan Ariq... Amily... Dan Aqila... Terbayangkan segalanya tentang kami sekeluarga. Aku lost.... Di samping berharap agar Bi akan sedar dengan segera... Aku berdoa tanpa henti...

Tapi, hanya Allah yang maha mengetahui. Doa dan harapanku tidak dipenuhi. Allah menduga dengan ujian berat ini. Buat aku dan anak2...

Aku belajar untuk redha. Sekurang-kurangnya Bi tidak sakit lagi... 7 hari dia terlantar di ICU dengan fully support by machine bukan sesuatu yang mudah. Stroke Bi menyerang pangkal otak. Dengan kata lain stroke with hydrocephalus. Ditambah dengan serangan jantung bertubi-tubi... Bukan sesuatu yang mudah. Kalaupun dia belum dijemput pergi, tentunya sampai sekarang dia masih terbaring di atas katil hospital.,.. Tidak mampu berbuat apa-apa...

Bi, tenanglah di sana Sayang... Tunggu Ling ye Sayang... Suatu hari nanti, Ling akan bawa anak-anak bertemu Bi... Cari Ling ye Sayang di pintu syurga nanti....

Minggu pertama awal pemergian Bi adalah sangat sukar. Ariq paling terkesan... Dia terlalu bergantung dan sayangkan Daddynya... Bagi dia Daddy adalah segalanya... Malam sebelum Daddy jatuh sakit, Ariq bersama dengan Bi sejak pagi hingga ke malam. Berdua uruskan hal persekolahan dia.... Makan McD bersama... Pergi solat jumaat bersama..

Malam sebelum dia pergi, selepas solat tahajud. Aku bermimpi Bi memakai pakaian serba putih. Dia duduk atas katil hospital sambil memeluk Ariq. Senyuman dia sangat indah. Pagi tu, 4 Disember 2015 aku terus bawa Ariq ke hospital untuk bertemu Bi, buat kali terakhir. Ariq sangat speechless dan sedih lihat Bi terlantar kaku, tenat dan menanti saat-saat untuk diambil pergi.... Mungkin dia pun tidak mengka Daddy sesakit itu.... Dia speechless.

Sekurang-kurangnya aku rasa lega, Bi pergi di saat semua anak2 ada disisinya. Mak abah mama... Aku sempat meminta mak mengampunkan semua dosa2 Bi.... Walaupun aku sendiri tidak sempat memohon ampun dan maaf dari Bi.... Aku cuma sempat berbisik, agar dia pergi dengan tenang... Aku berjanji akan menjaga anak2 kami dengan baik... Aku suruh dia pergi dengan tenang. Aku redha...

Tekanan darah dia mkin turun.... Makin lemah....

Tepat 10.12 pagi, dia pergi.... Buat selamanya....

Tangan yang sangat aku rindu untuk menciumnya.... Tangan inilah yang menggenggam tanganku buat kali terakhir pada 29 November yang lalu....... 

Bi.... Cinta dan sayang Ling tetap utuh untuk Bi selamanya. Kita cuma berpisah jasad. Jiwa kita tetap satu hingga selama-lamanya....

Al Fatihah...

Khamis, Jun 30, 2016

I MISS YOU

Luahan hati Qila di plastik ubat Daddy... Dia tulis ni 2 hari selepas Daddy masuk hospital.

Rindu Ya Allah.....

Rindu sangat.

Al Fatihah.

Oishino Hakkai Village, Yamanashi

Masa trip ke Tokyo last Februari, sajalah sewa kereta selama 6jam sebab masa suntuk kan, day trip je pund ari Tokyo, so malas nak bazir masa...