Khamis, Jun 30, 2016

I MISS YOU


Luahan hati Qila di plastik ubat Daddy... Dia tulis ni 2 hari selepas Daddy masuk hospital.

Rindu Ya Allah.....

Rindu sangat.

Al Fatihah.

Khamis, Mei 26, 2016

28 November 2015

Jumaat, 28 November 2015

5.02 petang.

Whatsapp terakhir aku terima dari Bi.. Dia minta tolong ambilkan Amily di rumah baby sitter. Tak sempat katanya nak ambil sebab baru nak start mesin rumput di rumah kami.

Bi baru je balik inspection kapal sehari sebelum tu. Sepatutnya Ahad, dia pergi ke Penang atas urusan kerja. So Jumaat tu seharian suntuk dia habiskan masa dengan Ariq. Amily di baby sitter. A'qila dengan Mummy di UTeM untuk program Smart Tahfiz dan Smart Solat.

So, lepas je ambil Amily, sampai rumah Bi sedang mesin rumput. Dia nampak penat. Dia mintak air green tea tanpa gula. Nak panas katanya. Pelik sunggu selalunya dia mesti nak minum air sejuk kalau penat.

So aku buatkan suam.

Maghrib, sempat bawak anak2 hantar adik aku ke Melaka Sentral. Dia naik bas ke Shah Alam. Bi tinggal di rumah sebab dia belum mandi.

Sampai di rumah, Bi ajak dinner kat luar.

Itu dinner terakhir kami bersama.

Kami hanya makan di Restoran Kita, area rumah sahaja. Bi dan Ariq makan beehun goreng. Rasanya, itu juadah terakhir dia. Dia tak banyak cakap. Dia menerima panggilan dari rakan niaga untuk bekalan lamb malam tu ke kedai. Bi cuma bising kenapa suka minta last minit.

Lepas makan, kami pulang ke rumah. Bi sempat tidurkan Amily dan A'qila sebelum keluar semula ke rumah mak, untuk ambil lamb.

Aku masa tu dengan Aria duduk rumah je. Tengok Juara Parody. Masa tu lebih kurang jam 10 malam. Aku tengok TV sambil melipat baju.

Lebih kurang 10.30 malam, Bi pulang dari rumah mak. Dia masuk ke rumah tanpa memakai baju. Tshirtnya kotor terkena muntah katanya. Dia termuntah selepas minum air herba pemberian seorang anak tetangga di perumahan mak. Aku bising marahkan dia kerana suka sangat mencuba minuman yang tak diketahui punca. Dia hanya terus masuk ke bilik untuk mandi. 10 minit kemudian dia keluar dengan hanya bertuala. Dia meminta maaf kerana telah muntah di dalam kereta. Dia mohon aku masukkan kereta yang masih terparking di luar pagar. Dia meminta maaf sambil tersenyum,

Entah kenapa senyuman dia sangat manis. Wajah dia sangat kacak indah bercahaya malam tu. Terdetik hati aku. Handsome pulak Bi malam ni. Muka dia sangat segar selepas mandi. Putih dan bersih. Aku diam je tidak membalas kata-katanya. Itulah senyuman terakhir dari Bi. Senyuman yang paling manis yang pernah aku lihat dari dia. Senyuman yang aku akan ingat sampai bila-bila.

Aku keluar untuk melihat keadaan kereta. Penuh dengan muntah Bi di stering dan seat depan. Aku merungut tetapi tidak marah. Ariq tolong aku bersihkan kereta malam itu. Muntah Bi memang banyak. Aku tidak dapat bayangkan, kedudukan rumah Mak sangat dekat dengan rumah kami. Di mana Bi mula muntah, aku tidak pasti. Wallet dan lamb masih di dalam kereta. Sungguh nampka sangat dia betul2 tidak larat untuk parking kereta masuk ke dalam porch.

Masa aku selesai mencuci muntah Bi, Bi sednag baring rehat di dalam bilik. Aku rasa dia tidur. Aku sambung melipat baju sambil menonton TV. Ariq leka menonton filem Jurassic World di PC.

Ada sekali aku menjengah bilik untuk lihat keadaan Bi, tapi nampak dia hanya tidur mengiring sahaja.

Tepat jam 12 malam, aku ajak Ariq masuk tidur.

Bi sedang duduk, dia tiba2 meminta aku segelas air suam. Suaranya sudah tidak jelas seperti lidahnya mengeras. Segera aku ambilkan Bi air suam. Dia hanya mampu meneguk sedikit sahaja, hingga itu dia terus memuntahkan kembali apa yang dia minum. Hanya muntah hijau. Cecair kehijauan yang aku sangka hasil dari minum herba yang Bi minum itu.

Mata Bi nampak sangat pelik. Seolah-olah sedang menahan rasa sakit yang amat sangat.

Aku mengurut belakangnya dengan minyak panas. Aku tanyakan sekali lagi, air apa yang dia minum sampai jadi begini sekali. Aku tanya, adakah patut aku panggil mak dan abah datang?

Dia diam. Dia tidak boleh bercakap dah.

Segera aku call mak untuk datang. 20 minit lepas tu baru mak dan abah sampai. Abah terkejut. Abah suruh panggil ambulans datang untuk bawa Bi ke hospital sebab Bi sudah tidak mampu untuk duduk pun.. Aku sangat panik walau masih tenang.

Jam 1 pagi, ambulan sampai. Bi kata dia sejuk. 

Petugas ambulans masuk ke bilik melihat keadaan Bi. Terus dia tengok keadaan Bi... Bi hanya beri sedikit tindakbalas. Bi seakan tidak boleh bergerak langsung. Aku terkaku. Ariq masih belum tidur. Dia lihat sendiri keadaan Daddy dia yang tiba-tiba jadi macam tu. Aqila dan Amily masih lena walapun sudah hiruk pikuk dengan hiruk pikuk kehadiran petugas hospital.

Sampai mati pun aku tidak pernah akan lupa saat itu. Demi Tuhan, hingga saat aku menaip di ruangan ini, saat itu masih segar, jelas dan masih menghantui jiwa aku. Yang menjanjikan trauma dan keperitan seumur hidup aku. Setiap kali solat di bilik, masih terbayang2 peristiwa malam itu. Malam yang menukar segala tentang aku, diri aku dan anak-anak aku..................




Khamis, Mei 12, 2016

31 Ogos 2012


31 Ogos 2012, Mummy dapat tahu Mummy pregnantkan Amily.... Masa tu sehari selepas kami buat openhouse pertama kami. 

Mummy excited lah, sebab Mummy dan Daddy memang dah planned nak tambah baby. So percubaan pertama kami membuahkan hasil. Syukur alhamdulillah, Allah permudahkan permintaan kami. Amily lahir 9 bulan kemudian

13 Mei 2013, tepat jam 1.32 pagi. Amily lahir kedua ini. Daddy ada sepanjang masa Mummy di labour room. Masa tu Amily straight di bawa masuk ke 'sekolah' bak kata nurse sebab Amily kena ambil darah untuk pantau thyroid Amily.

Yelah Mummy ada hipothyroid so Amily pun kena check jugak.

Dua hari kita duduk hospital..... Dua hari jugak Mummy tak jumpa kakak dan abang. Masa tu kakak umur 5 tahun, abang 4 tahun. 


Ngeeee.. Masa ni Amily baru 3 bulan. Masa ni raya... Raya pertama Amily....


Masa ni Amily 5 bulan.... First time masuk hospital sebab batuk... Sian Amily, dahle Daddy jauh masa tu...


Abang paling sayang kat Amily... Habis Amily selalu kena gomol dengan abang... Kakak pun sayang tapi kakak ganas sikit.


Ulang tahun pertama Amily... Buat kecilan sahaja di rumah... Mummy baking khas cake dan pavlova untuk Amily.... Amily dah pandai jalan dah masa ni....


Ulang tahun kedua Amily..... Ulang tahun terakhir disambut bersama Daddy.... Kami buat BBQ pool party untuk Amily.... Sederhana tapi penuh happy... Daddy grill lamb kegemaran semua....

Itu kali terakhir Daddy dapat celebrate birthday dengan Daddy.......... Hanya sempat dua kali...

Tahun ini, iaitu tahun ketiga ulangtahun Amily... Amily dah besar, dah tinggi.... Dah petah bercakap....
Cheeky

Manja... 

Senang dijaga walaupun agak lasak.

Amily baik budi. Sopan dan baik.

Mummy minta maaf, andainya Mummy kurang sebagai ibu buat Amily.... Mummy sedar, sejak beberapa bulan kebelakangan ini Mummy selalu stress, marah-marah dan kurang berikan perhatian buat Amily, kakak dan abang.

Percayalah, jauh disudut hati Mummy, Mummy sayang sayangkan Amily, kakak dan abang...

Apa yang berlaku masih baru, dan Mummy masih dalam frasa menyesuaikan diri dan jiwa Mummy.
Meletakkan anak2 Mummy sebagai perkara paling tinggi dan penting dalam hidup Mummy, itu hala tuju Mummy sekarang ini.

Selamat Ulang Tahun kelahiran sayang. Semoga terus membesar dengan cerdik, jadi anak solehah yang menyenangkan semua orang yang menyayangi Amily. Jangan pernah lupakan Daddy, kerana dia insan yang paling menyayangi Amily hingga saat akhir hembusan nafasnya. 

Percayalah sayang, tiada kurangpun kasih sayangnya terhadap Amily walaupun dia dahulu dijemput Ilahi. Kasih sayangnya tetap sentiasa ada bersama Amily sampai bila-bila... Sampai waktu kita bertemu semula dengannya suatu hari nanti.

Mummy berdoa pada Allah, semoga kita dipertemukan kembali pada ketika waktu umur kita seperti ini. Amily, kakak, abang, Daddy dan Mummy akan bersatu kembali. Sama seperti sebelum kita berpisah pada 4 Disember 2015 yang lalu.

Terbang tinggi sayang. Namun jangan sesekali lupa asalmu. Setiap nafas Mummy mendoakan dan mengasihimu. Tiada henti.


Mummy,

13 Mei 2016







Jumaat, Mac 25, 2016

week 16




Dah 16 minggu tak dapat melihat wajah Daddy...

Ya Allah, rindunya...

Kadang-kadang aku terfikir... Bukan kadang-kadang, tapi sangat kerap aku terfikir.. Apelah yang ada dalam hati budak2 bertiga ni... Nak tanya takut... Tapi, adekah mereka juga rasa seperti aku... Perit pedih merindui orang yang telah tiada di dunia ini? Apa yang diorang rasa agaknya...

Terutamanya Amily, sebab dia belum pandai bertanya... Ariq? Adakah dia pendam rasa?

Kali terakhir dia ke pusara Daddy, dia hanya diam sahaja... Takde bercakap apa2 dengan Daddy.. Hanya A'qila sahaja yang bersuara.. 

Aku sudah mula 'selesa' menguruskan diri dan anak2 tanpa bibik... Sudah sebulan bibik pulang... Alhamdulillah, walaupun penat dan kadang2 datang stress. Tapi masih boleh dikawal lagi.

Rumah memanglah bersepah, tapi alaaa.. Bukan ada sesiapa pun nak datang... Cuti sekolah pun takde kemana... Adelah sekali bawa budak bercuti dalam Melaka. Tu pun dah buat mereka happy...

Ohya, Qila sudah bertukar ke sekolah baru... Lebih dekat dengan rumah. Sangat sedih melihat perbezaan sekolah sekarang dengan yang lama... Tapi apa nak buat. Ini sudah jalan dan takdirnya....

Sekurang-kurangnya, aku tak perlu lagi nak susahkan Mama nak ambil Qila pulang sekolah setiap hari....

Qila pun takde complain apa2.. Dia happy2 sahaja... Harap dia cepat dapat kawan baru... Cepat adapts dengan suasana baru... Lepas ni dia balik naik van... 

Ariq masih begitu.... Kadang2 buas, kadang2 menyenangkan...

Amily? Semakin sukar diduga... Semakin manja tapi dalam masa yang sama semakin menduga kesabaran...

Semoga keluarga kecilku terus dilindungi yang Maha Esa, kerana sesungguhnya sekarang aku sudah tiada tempat bergantung... Hanya pada Dia aku berserah dan mengadu....

Semoga anak2 Mummy jadi anak-anak soleh dan solehah...

Amin yarabbal alamin....




Ahad, Februari 28, 2016

Pertama kali

Minggu ini, seumur hidup aku ini adalah pertama kali aku betul2 berdikari menguruskan tiga anak2 sendiri.

Pertama kali. Betul2 seorang diri. 

Sebelum ini, kalau bibik pulang bercuti/berhenti, aku ada Bi membantu. 

Bila Bi belayar atau kerja, bibik pula ada untuk membantu.

Aku belum pernah betul2 sendiri berdikari. Dan minggu ini, aku betul2 merasainya buat pertama kali. 

Ya, bibik dah pulang ke kampungnya sabtu lepas. Hari pertama masih okay, kedua juga okay. Hari ketiga dan seterusnya aku menangis. Bukan penat, tapi aku sedih. Aku rindu. Aku teringat. Aku sepi. Aku murung, dan lebih menakutkan lagi aku jadi sangat garang. Kasihan anak2 aku.. Jadi mangsa kemurungan aku. 

A'qila, anak yg sangat kuat dan memahami.. Walaupun dia agak kasar dgn adik2nya tapi dia sudah boleh diharap. Dia sudah boleh bantu mandikan Amily... Suap Amily makan... Sedikit sebanyak, dia paling banyak membantuku.. Ariq? Dia masih di awang-awangan... Sejak umurnya 4 bulan dijaga bibik, maka sifat manja dan mengadanya buat dia sukar utk berdikari.. Nak pakai spender pun terkial2... Belum pantas mandi dan uruskan diri sendiri... Barang2 peribadi pun banyak hilang dan tercicir di rumah baby sitter..

Ohya, mereka bertiga duduk di dua baby sitter berasingan. Alhamdulillah, dekat sangat dengan sekolah agama. Jalan kaki 1 minit dah sampai.. Amily masih di baby sitter yg sama seperti sebelum ini... Yang pasti kos semuanya lebih rendah dari menggajikan seorg bibik. 

Harini ini adalah kemuncak. Pertama kali, aku membawa anak2 ini ikut sekali pergi service kereta, pergi tukar tayar & battery... Penatnya hanya Allah swt sahaja yg tahu. Letih dgn cuaca yg panas.. Letih menunggu dan anak yg active.. Bergaduh, menangis.... Aku rasa ramai yg pelik, kenapa aku mengheret anak2 aku bertiga itu kesana kemari. Budak yg service kereta tu pun agaknya teringin nak tanya. 'Mana bapak budak2 ni?' 

Alhamdulillah, walaupun banyak sangat drama air mata, jeritan, cubitan dan bebelan tadi, Kami  tetap berjaya mengharunginya berempat.. Tapi, kasihanlah bebudak ni... Kurang rehat..

Aku tahu, sampai bila aku nak harapkan orang lain utk teman or jagakan anak2 aku? Aku perlu berdiri atas kaki sendiri. Aku kena jugak harung.. Penat macam mana pun, aku akan jaga sendiri anak2 aku ni dengan segala kudrat yg aku ada.. Aku tanak menyusahkan keluarga aku... Mereka masing2 ada komitmen sendiri.. Aku tanak jadi bebanan mereka... 

Malam ni, tiba2 rasa nak bercerita... Aku tahu, Ramai sgt yang berharap, agar aku menceritakan bagaimana mulanya Bi boleh jatuh sakit dan pergi meninggalkan aku dan anak2 secara tiba-tiba... Tanpa sempat berpesan apa2... 

Ramai yang bertanya.. Sebenarnya, masih belum kuat untuk aku mencoretnya disini. Jika awal dulu, ketika sahabat handai datang melawat di hospital dan di rumah mmg aku mampu bercerita, tetapi tidak di ruangan ini. Kerana tidak semua yang membaca  blog ini aku kenal rapat. Tidak semua rasa aku boleh kongsi di sini...

Paling penting, aku masih belum mampu untuk menceritakannya... Untuk mengingati saat itu, pedih... Makin lama rasa itu makin perit... Redha itu pasti tapi aku masih sukar utk percaya dan mengerti, kenapa Bi tinggalkan aku..... Begini awal.. Tanpa pesan dan amanat.... 

Maaflah... Bukan semua boleh memahami aku. Sedangkan teman rapat pun tidak dapat memahami aku. Memang aku bersahaja gelak tertawa di depan mereka, tapi menjelang bila aku sendiri, hanya air mata menjadi teman. Tidak ada sesaat pun rasa rindu dan terkilan itu pergi... Sangat sakit. Terkilan dengan macam2 perkara. Yang seorang pun tidak akan faham.... 

Kekuatan aku, hanya Allah. Sebab, hanya Dia yg mengerti aku sekarang ini. Aku hanya ada Dia.... Tempat mencurah semua rasa... Tempat aku mohon ketenangan & kekuatan... 

Esok, aku akan lakukan satu lagi perkara, juga buat pertama kali.... 

Membawa anak2 bercuti ke tempat yg mereka hajati, buat pertama kali tanpa Bi.. Dan bibik... Mahupun sesiapa lagi. 
Hanya aku dan anak2....

Aku hanya mahu bahagiakan anak2 aku. Biar mereka menikmati saat ketika Daddy mereka masih ada dulu.. Biar tiada bezanya tanpa Daddy.. Biar mereka merasa apa yg rakan sebaya mereka rasa dan nikmati.. Walau mereka yatim sekarang, tiada apa yg boleh membezakan mereka dgn kanak2 yang mempunyai ayah di dunia ini.. Itu janji aku pada mereka... Bahagia mereka, hiduplah aku.. Hanya mereka nyawaku yang tinggal skrg...

Semoga kami dilindungiNya.... Selamat pergi dan pulang...

Doakan kami ya... 

Jumaat, Februari 05, 2016

9 minggu yang paling sedih seumur hidupku...

Jumaat
4 Disember 2015
10.12 pagi

Detik itu akan aku kenang seumur hidup ini...

Permulaan kepada kehidupan baru yang serba mencabar buat kami. Buat anak-anak...

A'qila, Ariq, Amily...

Berjanjilah akan terus mengingati dan menyayangi Daddy di dalam hati kalian. Daddy selalu ada.. Cuma jasadnya tiada di depan mata. Semangatnya, jiwanya, kasih sayangnya masih utuh bersama kita...

Mungkin doanya juga... 


Al Fatihah buat kekasih hati kami...

We miss You so much Daddy.....

Jumaat, Januari 22, 2016

Gambar terakhir dengan Daddy..

 19 November 2015

Haritu tu adalah birthday Ariq.... Bi beria-ia suruh belikan hadiah dan cake... Then letak dalam bonet kereta Mummy.... 

So bila Daddy sampai dari KL malam tu, kononnya dia yang belikan dan bawak hadiah tu dari KL..

Sampai sekarang Ariq masih ingat Daddy yang belikan dinaosur tu dari KL.

:(

Ariq sangat happy, Daddy balik celebrate birthday dia....

Tak sangka ia adalah untuk yang terakhir kali...

Ariq dah celebrate birthday dia pagi tu kat sekolah dengan kawan2... 

Malam sekali lagi dengan Daddy dan adik beradik. Ohye Mummy jugakle...


Mula2 dulu Mummy sangat tak sanggup nak tengok semua gamabr2 ni... Baju yang Daddy pakai ni pun Mummy tak basuh lagi. Masih melekat baru badan Daddy.... Tapi tak pernah tunjuk anak2. Takut diorg sedih. Terutama Ariq...



Tengoklah Amily..... Cheeky sangat buat mulut dinasour..


Ya Allah, kuatkanlah hatiku dan anak2.... Lindungilah kami kerana kami sudah kehilangan insan yang selalu melindungi dan menyayangi kami....

Cucurilah rahmat ke atas roh suamiku Ya Allah...

Harini, jam 10.12 pagi.... Genap 7 minggu Daddy pergi meninggalkan kami.... Rindu dan perit hati hanya sendiri yang tahu....

Masih belum percaya, dia sudah tiada di dunia ini......

Al Fatihah.

Oishino Hakkai Village, Yamanashi

Masa trip ke Tokyo last Februari, sajalah sewa kereta selama 6jam sebab masa suntuk kan, day trip je pund ari Tokyo, so malas nak bazir masa...