Jumaat, Februari 05, 2016

9 minggu yang paling sedih seumur hidupku...

Jumaat
4 Disember 2015
10.12 pagi

Detik itu akan aku kenang seumur hidup ini...

Permulaan kepada kehidupan baru yang serba mencabar buat kami. Buat anak-anak...

A'qila, Ariq, Amily...

Berjanjilah akan terus mengingati dan menyayangi Daddy di dalam hati kalian. Daddy selalu ada.. Cuma jasadnya tiada di depan mata. Semangatnya, jiwanya, kasih sayangnya masih utuh bersama kita...

Mungkin doanya juga... 


Al Fatihah buat kekasih hati kami...

We miss You so much Daddy.....

Jumaat, Januari 22, 2016

Gambar terakhir dengan Daddy..

 19 November 2015

Haritu tu adalah birthday Ariq.... Bi beria-ia suruh belikan hadiah dan cake... Then letak dalam bonet kereta Mummy.... 

So bila Daddy sampai dari KL malam tu, kononnya dia yang belikan dan bawak hadiah tu dari KL..

Sampai sekarang Ariq masih ingat Daddy yang belikan dinaosur tu dari KL.

:(

Ariq sangat happy, Daddy balik celebrate birthday dia....

Tak sangka ia adalah untuk yang terakhir kali...

Ariq dah celebrate birthday dia pagi tu kat sekolah dengan kawan2... 

Malam sekali lagi dengan Daddy dan adik beradik. Ohye Mummy jugakle...


Mula2 dulu Mummy sangat tak sanggup nak tengok semua gamabr2 ni... Baju yang Daddy pakai ni pun Mummy tak basuh lagi. Masih melekat baru badan Daddy.... Tapi tak pernah tunjuk anak2. Takut diorg sedih. Terutama Ariq...



Tengoklah Amily..... Cheeky sangat buat mulut dinasour..


Ya Allah, kuatkanlah hatiku dan anak2.... Lindungilah kami kerana kami sudah kehilangan insan yang selalu melindungi dan menyayangi kami....

Cucurilah rahmat ke atas roh suamiku Ya Allah...

Harini, jam 10.12 pagi.... Genap 7 minggu Daddy pergi meninggalkan kami.... Rindu dan perit hati hanya sendiri yang tahu....

Masih belum percaya, dia sudah tiada di dunia ini......

Al Fatihah.

Jumaat, Januari 15, 2016

Untuk terakhir kali




Sebulan sebelum dia pergi, 

Dia buat semua ni untuk pujuk isterinya yang merajuk ni....... Jahatnya aku ketika itu sebab berkata--

Bi, ini bunga untuk orang mati aje tau...

Tidak sangka ia menjadi kenyataan... 

Maafkan Ling Bi....

Maafkan Ling...



15 Januari 2016

Ulang Tahunnya yang ke 38.

Selamat Ulang Tahun Sayang....... Semoga damai dan tenang disana.

Al Fatihah.


Ahad, Januari 10, 2016

6 minggu

Kali terakhir aku melihat sayu matanya, mendengar suaranya adalah 6 minggu lepas.

Lebih tepat lagi, kali terakhir adalah di tengah malam 27 November yang lalu. Lebih sebulan yang lalu..

Permintaan terakhirnya, segelas air suam. Yang tidak dapat ditelannya pun... 

Siapa sangka, itu permintaan terakhirnya.

Rindu.

Demi Allah sangat rindu...

Tiada setiap saat aku tidak merindunya. Rindu kalbu...

Tiada kata yang dapat menggambarkan apa yang aku rasa sekarang ini...

Hanya Dia tempat bersujud dan mengadu. Betapa rasa rindu ini membawa aku ke satu ruang hidup yang tiada seorang pun insan di dunia ini dapat memahami. Kerana apa yang aku lalui, belum tentu kalian bisa tempuhi.

Yang pasti, tahun 2015 sumbang seribu kesedihan dalam hidup aku. 

Seribu keperitan kepada permulaan hidup baru yang aku sendiri tidak tahu macam mana untuk mencorakkannya.

Redha itu pasti.

Tetapi, bagaimana cara aku meredhakannya, wallahualam.

Kalian tolong doakan aku.



Selasa, Januari 05, 2016

Untitled

Assalamualaikum...

Sungguh lama tidak mencoret sesuatu di sini...

Tiada apa nak diceritakan walaupun banyak sangat yang berlaku... Terlalu banyak dan perit.

Hati masih belum mampu untuk menceritakan....

Nantilah dulu...

Pembaca setia blog ini pun sudah tiada... Apa lagi nak ditulis...

Suatu hari nanti aku pasti kembali... Pasti, tapi tidak tahu bila..

Doakan sahaja ye. Ini sahaja kenangan yang aku ada...

Oklah, nak tidur dulu.

Selamat malam.

Selasa, November 24, 2015

Weekend kami, dulu lah...

Pergh.... Lamanya peram cerita ni dalam draft.... Oh yeah...

Ni sebelum bibik balik lagi. Bulan lepas lepas.. Ogos kot.... Bawak anak2 main kat Dataran 1 Malaysia.

Memang seronok datang sini terutama kalau ada fun fair dsbnya... 

Kau sediakan duit aje nyah oi.... 
RM5 per 15 minutes. Kot sumpah aku dah tak ingat... 

Amily sangat happy naik ni... Pandai dia mengayuh. 3 anak dah RM15. Weekend RM7 tak silap aku... 


Tepi laut, mmg bestlah kan.... Sayup je angin sepoi sepoi bahasa.



Ko tengok, lama sikit je dia mula bosan le tu.... Ni kali kedua naik... Kali pertama masa malam. Bestlah sebab sejuk sikit.

Pas mengayuh mahu tak dahaga... Gulp gulp tonggang air...


Abang Kakak kena long chan... Heuheuheu... Tak legend lah korang kalau tak kenal longchan taw... 

Lepas tu kita gi hujung belah sana main air pulops... Dulu best main air kat sini


Sekarang dah tak best sebab bilik air dah sempit. Tempat mandi dah takde... Semua tandas je..... Memang sesak dan bengonglah diorg kecikkan tandas padehal makin ramai orang datang sini kot. Tandas jadi kecik sebab diorg reno buat tambah bilik store letak barang ke apa ntah... Sengal.... Sesaks angt kot masa nak mandikan anak2 salin baju. Amily menangis mengamuk sebab tak tahan sesak.

Sudahnye dia salin baju kat luar je.... Tak bilas badan pon.

Ohye, sebelum tu kakak dan abang main ni..... First time diorg naik ni so agak slor le bawak benda ni. 8 round 10 hinggit kot. Lupa jugak uols.....


Okbai....

Punyelah malas aku nak menaip pepetang ni..... Lenguh!

Rabu, November 18, 2015

Lamanya

Dua bulan aku tak update blog....


Lamanya.......

Nanti eh... Banyak yang terjadi, banyak nak cerita....

Nak pakai lipstick dulu.....

Okbai

Oishino Hakkai Village, Yamanashi

Masa trip ke Tokyo last Februari, sajalah sewa kereta selama 6jam sebab masa suntuk kan, day trip je pund ari Tokyo, so malas nak bazir masa...