Rabu, Oktober 08, 2014

Main pasir

Lama tak update pasal anak2 daku manja bucuk masham ni.... Tadi kan baca balik entries lama masa Ariq umur 1-2 tahun, dan Qila umur 2-3 tahun.... Rinduuuuuuuuuu sangat. Masa tu still lagi hidup di rumah sewa. Bersama bibik lama yang muda, sporting, gila2 dan cekap.... Seronok sangat kesana kemari...

Skrg ni nak kesana kemari dengan bibik tua yang 24 hrs slow dan membosankan ni mmg sungguh tak best. Nak keluar jenjalan pun tak feel sangat sebab entahlah...

Bukan tak reti nak bersyukur tapi rasa keluar dengan nenek2 jah nyahs! Aku pulak risau dia tersungkur masa keluar kereta dukung Amily.. Aku pulak risau dia terpeleot masa kejar Amily... Segalanya lembs dan terpinga2... Letih noks.... Korang pun tahu life aku dulu macam mana. Aktif kesana kemari walaupun suami takde... Dari pagi bawak kemalam asyikkkkkkkkk merayau.

Sekarang??? Duduk rumah terperap je.. :(( Penat sangat kalau nak keluar just bertiga dgn anak plus bibik. Sebab semua kena urus sendiri. Start dari packing apa nak abwak, drive, jaga anak2 beri arahan itu dan ini pada bibik sebab bibik tu sangat tak independent dan amat bergantung pada aku. Nak melangkah pun aku kena bagitau haaa kiri ke kanan, belok sana ke sini..

Letih noks!! Kalau kat mall, dia tolak stroller bebetul belakang aku. Selalu sondol aku... Mahunye taks akit hati... Asyikkkkkkkkkkkkk terpinga2... Pffft!
Tapi, kena jugakle bawak anak2 keluar. Sian diorg bosan kat rumah nun... Macam skrg ni, kami keluar main pasir kat Pantai Puteri... Saje release tensyen. Penat wooooooo nak kawal Amily sebab bibik pun tak terkawal Amily tu.. Selamba je dia berlari masuk dalam air.. Aduahi anak.

Muka mmg innocent tapi real life... Nan hado..... Dia mmg suka sangat main air. Tak macam abang. GELI

Habis basah lencun... Nasib bawak baju spare..

Ni 2nd time Amily terdedah dgn beach.. Last year dia baby lagi tatau apa... Amily sangat tekun.. Dia ushar je buih2 ombak tu...

Aku lepaskan jelah dia... Biar je dia main pasir tu.... Kasi dia berimaginasi apa pun yang dia hendak.. Heheheh..

Ushar... Macam sedap...

Kiri kanan ada pasir tangan dia... Ape kebenda lah ni agaknye....

Sekali dia nngap daaaaaaaaa... Lazat lettuw..... 

Bibik? Dia tak perasan pun anak aku makan pasir. Dia sedang menikmati keindahan alam. Kau mampu???!

Anak lelaki yang manja terlebih... Memang tak lah dia nak kenakan kaki dia dengan pasir dan air.. Sorry lah.. Urban sangat lettueww..

Sengih pun paksa je...

Kakak lencun jugak dengan pasir main korek2..... Puas hati dia. Tapi dia tak main air. Setakat main pasir je......

Bila compared muka dia ni skrg dgn muka dia masa 2 3 tahun dulu... Banyak sangat berubah. Ramai kata dan komplen dia dah kurus.. Bagi aku oklah kot badan macam ni.. Kalau gemok sangat nanti dah sekolah orang akan panggil dia gemok... Not nice okay... Kita pun dulu masa sekolah suka dok perlekeh budak gemok. Betul tak? Susah nak lari masa PJ. Susah nak masuk kelas drama... Kan??

So aku rasa body Qila sekarang just nice... Gebu dan mantap bergetah orang tgk pun sedap je... Takdelah kurus kering pun kan???

Oklah tu...

Cheers!

Jumaat, Oktober 03, 2014

Pertama kali ke Bird Park

Ni masa cuti sekolah haritu... Kesian anak2 tak kemana pun sebab Mummy memang tak dapat nak cuti... Kerja oofice meang tidak pernah habis. Tapi atas dasar tanggungjawab, sukar untuk Mummy ambil cuti.. Ist okay anak2 Mummy semua memahami.....

So penghujung cuti, nawak jugak bebudak ni gi bird park. Tak jauh, dalam Melaka jugak....
Tiket masuk RM11.50 untuk kids 5 years above.

Mummy dan bibik RM16.50 seorang. Ariq dan Amily free.

Kuaci dan air madu RM6 each.

Alhamdulillah pagi tu dalam pukul 10.00 pagi kami sampai... Cuaca pun mendung tak berapa panas.. 

Burung pun tengah lapar... Kami amsuk je terus kena serbu uols... mereka sangat-cute nak2 si merak yang nakal ni!! Asyikkkkkkkkkkkkk kejar nak kuaci. habislah kuaci kami!!! Geram taw....

Kami sampai terpaksa berlari2 anak oaky sebab dia dok kejar... Ariq takut... Hahahahaha....

Burung merah ni tataulah burung apa, dok lompat kejar kitaorg mintak air madu....

Dia suka gila minum air madu.... Ni bibik yang pegang... 
Ni pulak2 aku yang pegang... Comel sangat dia minum... Geram rasa nak picit2 pipi dia...

Qila ni memang berani.... Dia suka mencuba.. 

Ariq???

Berani posing dari jauh ja.... Hahaha...

Posing je over tapi suruh bagi makan dia just campak2 je...

Lepas jalan2 kat bawah kami naik atas. Lift rosak le pulak... Terpaksa naik tangga ke atas. Nasib baik tak bawak stroller.




Atas ni panas sikit. Macam tak rasa sangat angin bertiup... Amily lepas bebas kat atas ni... Macam gayat sikit sebab tinggi atas ni..... Tapi kat bawah lebih adventure sebab burung2 kalau terbang ramai2 sekawan... Memang lebih feel. Atas ni burung takde terbang laju2... Diorg banyak bertenggek je tepi pagar tu.. Hanya Amily dan Qila yang berani dekat dengan burung2 ni semua.... Amily tu, geram Mummy.... Dia gi ambil kuaci gi masuk dalam mulut dia pulak...

Adik oh adik... Tu bukan kuaci yang adik selalu makan tulah... Huhuhuhu...



Burung hijau ni paling peramah. Dia berani makan kuaci yg kat tapak tangan Qila tu... Tapi kena sabar sikit nak tunggu dia datang makan... Sangat comel dia kopek kuaci guna paruh dia sendiri... Dia makan isinya je.. Kulit pandai pulak dia buang... Cerdik..

Ariq bagi jugak tapi campak je ke lantai... Nanti burung tu kutip sendiri.. Hahahaha...

Selfie dengan anak2....

Comey comey comey..

Ni dia budak ni kuat minum taw....


Dah start mula panas sebab dah lebih jam 11 pagi......


Amily pun dah start haus dan ngantuk...

Brother ni lah yang melayan anak2 aku dgn burung2 ni.... Rajin dia melayan weols... Dia jugak yang banyak ambilkan gambar2 kami... 

Bibik pun ingin uols...

Amily geram je dengan burung kakak tua ni...

Mak pun ingin uols.... Hehehehehehe.. Kaki burung ni tak keras pun... Lembut je.. Heheheh.

Kami pun turun bawah balik nak bagi Amily susu...
Kat bawah lebih banyak burung. Qila requested nak pegang burung putih ni....

Burung ni jinak sangat... Masa kami bergambar ramai2... Dia makin panjat tinggi... 

Dari tangan naik ke bahu....

Kemain kau ye...

Seninnnn je muka dia.... 

Mulut dia bising... Qila terpaksa tutup telinga guna hat dia.. Hahahaha

Ko tengok... Sia panjat kepala pulak. Memang berani budak niiiiii....

Banyak lemak ko eh.....

Sebelum keluar, last kopek Qila pegang burung jambul ni.... Susah betul nak pujuk. Qila bukak hat barud ia berani nak datang..... 

Lepas lunch, terus balik rumah... Puas hatilah bebudak ni dapat tengok burung. Balik rumah atuk beria cerita dengan atuk dan nenek... Hehehehe... Dan sampai sekarang Qila dan Ariq merengek nak pergi lagi...

Iyelah, nextweek kita pergi lagi ye..... 

Rabu, Oktober 01, 2014

Buat manusia berhati busuk..

Aku ni kan, bukanlah baik sangat. Dan bukan jahat sangat kot... Dan terus terang aku tak ramai kawan pun kat Universiti tempat aku bekerja ni.... Kenalan memangle ramai sebab staff beribu kot... Tapi yang rapat comolot tu boleh kira dengan jari....

Tak ramai kawan2 satu Universiti ni aku add kat FB. Aku sangat2 teliti dalam memilih kawan2 FB aku... Bukan pilih kawan ye, tapi aku pilih yang betul2 nak keep in touch dengan aku je... Yang boleh give and take.. Sharing benda2 menarik and whatsoever.. BUKAN sekadar stalker lalu di angin bayu.. Pui..

Mesti korang cakap, eh engkau siapa pun orang nak stalk kau bagai? Kau fikir engkau DIVA?? Engkau siapa??

Thats whyyyyyyyyyy.. Aku siapa pun??? Aku hanya orang biasa.. Tak kaya, tak vouge, tak diva... Tapi benda inilah yang jadi nyah!! Realitinya disini.... Banyak kali dah aku terkena...

Nak kata aku ni show off, dulu memanglah kot. Show off pun, benda2 remeh dan kecik. Bukan tunjuk harta berjuta pon.. Tapi aku dah mula slow down setahun dua ni.. Sebab aku mahu berubah, jadi orang yang bersyukur dan tidak riak. Berubah menjadi lebih sederhana dan bersyukur. 

Dan, sayugia aku mengingatkan, once aku approved kau sebagai kawan (di FB dan sebaginya), means aku ikhlas nak berkawan dengan kau... Tak kiralah kau datuk ke, kau kaya ke kau miskin ke, kau pencacai ke... Semua aku layan SAMA RATA. 

Kecuali, berkaitan umur. Yang elder tu, aku akan respect lebih. Yang muda so koranglah kena respect aku..

Deal.

Kisahnya sehari sebelum semalam, ada satu minah ni, kawan satu tempat kerja aku, yang takdelah aku kenal sangat pun. Aku add dia pun sebab dia pernah komen blog aku kot. Dan pernah tanya aku something something. Aku pun tak pernah keluar berdua or ada personal matters dengan dia pun. Tidak pernah.

Tapi once in a while dia ada whatsapp aku tanya pasal duniawi. You know, DUNIAWI...

Okay,

30 September 2014. Aku bercuti rehat. Penat jaga konvo weekend tu.. Aku kat rumah baru je bangun tidur, baru je sesiap hantar anak2 school dan mandikan Amily..

Aku update status aku, pasal mimpi aku malam tu. Aku ni kalau dari pagi sampai petang sibuk, malam mesti akan bermimpi benda yang aku sibuk buat siang tu... Itu adalah TIDAK semestinya LOGIK atau BETUL.

Dah namapun MIMPI!!!! Kan? Permainan tidur...

TETAPI, perempuan ini sangat bijak. Dia main FB pepagi buta kat office. Agaknya takde kerja kat office tu kot. Kalau dia cuti pon, agaknye dia takde kerja kot kat rumah dia tu.. BOSAN... So ayuh buat something fun today....

Dia sudah print screen status FB aku, 20 minit selepas aku update status aku. Print screen straight dari News Feed wall FB yang dilihat dari phone Samsung dia tu.. Sangat bijak..


Alololoooo.... Comel sangat anak aku punye gambar tu....

Nampak tak, 22 minutes ago. Baru 3 orang like. 8 comments tapi dari 3 orang yg sama.

Dia print screen, then pergi hantar kat whatsapp group AJK Jamuan Pesta Konvo. AJK Jamuan pesta konvo dimonopoli orang2 kuat Bendahari nyah... Nice..

Kalau sekali imbas, memanglah nampak serius. Sebab bodyguards & polis pengiring TYT (VVIP tuuuu) tak dapat makan kot. Nak mampos?? Memanglah isu besar. Jatuhlah air muka AJK Jamuan... Kan??

Tapi, wey nyah!! Itu hanya mimpi aku lah senduuuuu.... 

MIMIPI! Tiada siapa yang tak dapat makan pon. Kenapalah tak baca betul2 sebelum melenting dan mengamuk tak tentu pasal. Sampai nak cari siapa manusia yang update status tu di FB??

Astagafirullahalazim..... Terkejut sungguh aku bila aku dapat print screen ni... Aku kecewa sungguh sebab aku tahu. Sekali imbas aku tahu, orang dalam FB list aku yang buat kerja ni.

Atas dasar apa? Nak buat aku malu? Nak jatuhkan tindakan kepada aku sebab sebar fitnah? Nak buat aku rasa bersalah?

Dan hanya satu nama dalam kepala aku. Sebab hanya dia sahaja stau-satunya manusia di dalam FB aku yang bertugas sebagai AJK Jamuan tahun ni. Dia seorang je dari sana yang aku pernah add di FB. Tiada orang lain.

Tak perlu lama, aku terus deleted dia. Aku tengoke balik print screen tu, ada profile lelaki bawah status aku tu. Apa susah, aku cari profile mamat tu :-


Aku tengok siapa mutual friend aku dengan dia...


Ada dua sahaja, satu adalah Ahmad Amran which is kawan laki aku.

Dan dia, perempuan itu. Tapi aku dah deleted dia lah masa ni.....

Aku tanya balik, teman yang memberikan aku print screen tu, adakah benar si polan yang menghantar print screen tu di whatsaap grup? Barulah dia sahkan. Sebelum tu dia refused nak bagitau sebab tanak keruhkan keadaan. Takdehal lah kejap je aku boleh cari sendiri.

Tak susah nak deal dengan orang macam ni sebab dia 'bijak' sangat.. 

Binggo!

Aku tak sedih pun. Tak rasa apa2 sebab aku tak salah. 

Aku rasa kasihan dan simpati pada mereka ni. Suka sebarkan dan spread benda yang tidak benar. Menimbulkan fitnah dan mengaibkan orang... Baca tak habis, baca tak faham terus sebarkan. Timbulkan salah faham dan kemarahan orang lain.. Sudahnya Qila jugak yang popular sebab gambar dia sedang posed tergedik kat situ.... Pfffthh!

Aku happy, dapat pahala free dan dapat cari sendiri siapa yang punya angkara. Aku just private msg dia dan ucap terima kasih.

Itu aje. 

That women is just not worth it. To be deal with. 

Yang penting support dari kawan2 yang sebenarnya sahabat dalam perkara ni.. And you know who you are guys... 

Aku blogkan benda ni as pengajaran. Untuk semua buka mata dan hati.. Hidup ni bukan sahaja untuk mencari kesempurnaan dan kesilapan orang lain. Dan bukan segalanya berkenaan kamu sahaja..

And so what kalau itu bukan mimpi? Kau tiada hak untuk print screen dan sebarkan pada semua. Kau tiada hak perempuan!

Kau siapa?

So please get a better life!

Idiot.

Oishino Hakkai Village, Yamanashi

Masa trip ke Tokyo last Februari, sajalah sewa kereta selama 6jam sebab masa suntuk kan, day trip je pund ari Tokyo, so malas nak bazir masa...