Jumaat, Oktober 03, 2014

Pertama kali ke Bird Park

Ni masa cuti sekolah haritu... Kesian anak2 tak kemana pun sebab Mummy memang tak dapat nak cuti... Kerja oofice meang tidak pernah habis. Tapi atas dasar tanggungjawab, sukar untuk Mummy ambil cuti.. Ist okay anak2 Mummy semua memahami.....

So penghujung cuti, nawak jugak bebudak ni gi bird park. Tak jauh, dalam Melaka jugak....
Tiket masuk RM11.50 untuk kids 5 years above.

Mummy dan bibik RM16.50 seorang. Ariq dan Amily free.

Kuaci dan air madu RM6 each.

Alhamdulillah pagi tu dalam pukul 10.00 pagi kami sampai... Cuaca pun mendung tak berapa panas.. 

Burung pun tengah lapar... Kami amsuk je terus kena serbu uols... mereka sangat-cute nak2 si merak yang nakal ni!! Asyikkkkkkkkkkkkk kejar nak kuaci. habislah kuaci kami!!! Geram taw....

Kami sampai terpaksa berlari2 anak oaky sebab dia dok kejar... Ariq takut... Hahahahaha....

Burung merah ni tataulah burung apa, dok lompat kejar kitaorg mintak air madu....

Dia suka gila minum air madu.... Ni bibik yang pegang... 
Ni pulak2 aku yang pegang... Comel sangat dia minum... Geram rasa nak picit2 pipi dia...

Qila ni memang berani.... Dia suka mencuba.. 

Ariq???

Berani posing dari jauh ja.... Hahaha...

Posing je over tapi suruh bagi makan dia just campak2 je...

Lepas jalan2 kat bawah kami naik atas. Lift rosak le pulak... Terpaksa naik tangga ke atas. Nasib baik tak bawak stroller.




Atas ni panas sikit. Macam tak rasa sangat angin bertiup... Amily lepas bebas kat atas ni... Macam gayat sikit sebab tinggi atas ni..... Tapi kat bawah lebih adventure sebab burung2 kalau terbang ramai2 sekawan... Memang lebih feel. Atas ni burung takde terbang laju2... Diorg banyak bertenggek je tepi pagar tu.. Hanya Amily dan Qila yang berani dekat dengan burung2 ni semua.... Amily tu, geram Mummy.... Dia gi ambil kuaci gi masuk dalam mulut dia pulak...

Adik oh adik... Tu bukan kuaci yang adik selalu makan tulah... Huhuhuhu...



Burung hijau ni paling peramah. Dia berani makan kuaci yg kat tapak tangan Qila tu... Tapi kena sabar sikit nak tunggu dia datang makan... Sangat comel dia kopek kuaci guna paruh dia sendiri... Dia makan isinya je.. Kulit pandai pulak dia buang... Cerdik..

Ariq bagi jugak tapi campak je ke lantai... Nanti burung tu kutip sendiri.. Hahahaha...

Selfie dengan anak2....

Comey comey comey..

Ni dia budak ni kuat minum taw....


Dah start mula panas sebab dah lebih jam 11 pagi......


Amily pun dah start haus dan ngantuk...

Brother ni lah yang melayan anak2 aku dgn burung2 ni.... Rajin dia melayan weols... Dia jugak yang banyak ambilkan gambar2 kami... 

Bibik pun ingin uols...

Amily geram je dengan burung kakak tua ni...

Mak pun ingin uols.... Hehehehehehe.. Kaki burung ni tak keras pun... Lembut je.. Heheheh.

Kami pun turun bawah balik nak bagi Amily susu...
Kat bawah lebih banyak burung. Qila requested nak pegang burung putih ni....

Burung ni jinak sangat... Masa kami bergambar ramai2... Dia makin panjat tinggi... 

Dari tangan naik ke bahu....

Kemain kau ye...

Seninnnn je muka dia.... 

Mulut dia bising... Qila terpaksa tutup telinga guna hat dia.. Hahahaha

Ko tengok... Sia panjat kepala pulak. Memang berani budak niiiiii....

Banyak lemak ko eh.....

Sebelum keluar, last kopek Qila pegang burung jambul ni.... Susah betul nak pujuk. Qila bukak hat barud ia berani nak datang..... 

Lepas lunch, terus balik rumah... Puas hatilah bebudak ni dapat tengok burung. Balik rumah atuk beria cerita dengan atuk dan nenek... Hehehehe... Dan sampai sekarang Qila dan Ariq merengek nak pergi lagi...

Iyelah, nextweek kita pergi lagi ye..... 

Rabu, Oktober 01, 2014

Buat manusia berhati busuk..

Aku ni kan, bukanlah baik sangat. Dan bukan jahat sangat kot... Dan terus terang aku tak ramai kawan pun kat Universiti tempat aku bekerja ni.... Kenalan memangle ramai sebab staff beribu kot... Tapi yang rapat comolot tu boleh kira dengan jari....

Tak ramai kawan2 satu Universiti ni aku add kat FB. Aku sangat2 teliti dalam memilih kawan2 FB aku... Bukan pilih kawan ye, tapi aku pilih yang betul2 nak keep in touch dengan aku je... Yang boleh give and take.. Sharing benda2 menarik and whatsoever.. BUKAN sekadar stalker lalu di angin bayu.. Pui..

Mesti korang cakap, eh engkau siapa pun orang nak stalk kau bagai? Kau fikir engkau DIVA?? Engkau siapa??

Thats whyyyyyyyyyy.. Aku siapa pun??? Aku hanya orang biasa.. Tak kaya, tak vouge, tak diva... Tapi benda inilah yang jadi nyah!! Realitinya disini.... Banyak kali dah aku terkena...

Nak kata aku ni show off, dulu memanglah kot. Show off pun, benda2 remeh dan kecik. Bukan tunjuk harta berjuta pon.. Tapi aku dah mula slow down setahun dua ni.. Sebab aku mahu berubah, jadi orang yang bersyukur dan tidak riak. Berubah menjadi lebih sederhana dan bersyukur. 

Dan, sayugia aku mengingatkan, once aku approved kau sebagai kawan (di FB dan sebaginya), means aku ikhlas nak berkawan dengan kau... Tak kiralah kau datuk ke, kau kaya ke kau miskin ke, kau pencacai ke... Semua aku layan SAMA RATA. 

Kecuali, berkaitan umur. Yang elder tu, aku akan respect lebih. Yang muda so koranglah kena respect aku..

Deal.

Kisahnya sehari sebelum semalam, ada satu minah ni, kawan satu tempat kerja aku, yang takdelah aku kenal sangat pun. Aku add dia pun sebab dia pernah komen blog aku kot. Dan pernah tanya aku something something. Aku pun tak pernah keluar berdua or ada personal matters dengan dia pun. Tidak pernah.

Tapi once in a while dia ada whatsapp aku tanya pasal duniawi. You know, DUNIAWI...

Okay,

30 September 2014. Aku bercuti rehat. Penat jaga konvo weekend tu.. Aku kat rumah baru je bangun tidur, baru je sesiap hantar anak2 school dan mandikan Amily..

Aku update status aku, pasal mimpi aku malam tu. Aku ni kalau dari pagi sampai petang sibuk, malam mesti akan bermimpi benda yang aku sibuk buat siang tu... Itu adalah TIDAK semestinya LOGIK atau BETUL.

Dah namapun MIMPI!!!! Kan? Permainan tidur...

TETAPI, perempuan ini sangat bijak. Dia main FB pepagi buta kat office. Agaknya takde kerja kat office tu kot. Kalau dia cuti pon, agaknye dia takde kerja kot kat rumah dia tu.. BOSAN... So ayuh buat something fun today....

Dia sudah print screen status FB aku, 20 minit selepas aku update status aku. Print screen straight dari News Feed wall FB yang dilihat dari phone Samsung dia tu.. Sangat bijak..


Alololoooo.... Comel sangat anak aku punye gambar tu....

Nampak tak, 22 minutes ago. Baru 3 orang like. 8 comments tapi dari 3 orang yg sama.

Dia print screen, then pergi hantar kat whatsapp group AJK Jamuan Pesta Konvo. AJK Jamuan pesta konvo dimonopoli orang2 kuat Bendahari nyah... Nice..

Kalau sekali imbas, memanglah nampak serius. Sebab bodyguards & polis pengiring TYT (VVIP tuuuu) tak dapat makan kot. Nak mampos?? Memanglah isu besar. Jatuhlah air muka AJK Jamuan... Kan??

Tapi, wey nyah!! Itu hanya mimpi aku lah senduuuuu.... 

MIMIPI! Tiada siapa yang tak dapat makan pon. Kenapalah tak baca betul2 sebelum melenting dan mengamuk tak tentu pasal. Sampai nak cari siapa manusia yang update status tu di FB??

Astagafirullahalazim..... Terkejut sungguh aku bila aku dapat print screen ni... Aku kecewa sungguh sebab aku tahu. Sekali imbas aku tahu, orang dalam FB list aku yang buat kerja ni.

Atas dasar apa? Nak buat aku malu? Nak jatuhkan tindakan kepada aku sebab sebar fitnah? Nak buat aku rasa bersalah?

Dan hanya satu nama dalam kepala aku. Sebab hanya dia sahaja stau-satunya manusia di dalam FB aku yang bertugas sebagai AJK Jamuan tahun ni. Dia seorang je dari sana yang aku pernah add di FB. Tiada orang lain.

Tak perlu lama, aku terus deleted dia. Aku tengoke balik print screen tu, ada profile lelaki bawah status aku tu. Apa susah, aku cari profile mamat tu :-


Aku tengok siapa mutual friend aku dengan dia...


Ada dua sahaja, satu adalah Ahmad Amran which is kawan laki aku.

Dan dia, perempuan itu. Tapi aku dah deleted dia lah masa ni.....

Aku tanya balik, teman yang memberikan aku print screen tu, adakah benar si polan yang menghantar print screen tu di whatsaap grup? Barulah dia sahkan. Sebelum tu dia refused nak bagitau sebab tanak keruhkan keadaan. Takdehal lah kejap je aku boleh cari sendiri.

Tak susah nak deal dengan orang macam ni sebab dia 'bijak' sangat.. 

Binggo!

Aku tak sedih pun. Tak rasa apa2 sebab aku tak salah. 

Aku rasa kasihan dan simpati pada mereka ni. Suka sebarkan dan spread benda yang tidak benar. Menimbulkan fitnah dan mengaibkan orang... Baca tak habis, baca tak faham terus sebarkan. Timbulkan salah faham dan kemarahan orang lain.. Sudahnya Qila jugak yang popular sebab gambar dia sedang posed tergedik kat situ.... Pfffthh!

Aku happy, dapat pahala free dan dapat cari sendiri siapa yang punya angkara. Aku just private msg dia dan ucap terima kasih.

Itu aje. 

That women is just not worth it. To be deal with. 

Yang penting support dari kawan2 yang sebenarnya sahabat dalam perkara ni.. And you know who you are guys... 

Aku blogkan benda ni as pengajaran. Untuk semua buka mata dan hati.. Hidup ni bukan sahaja untuk mencari kesempurnaan dan kesilapan orang lain. Dan bukan segalanya berkenaan kamu sahaja..

And so what kalau itu bukan mimpi? Kau tiada hak untuk print screen dan sebarkan pada semua. Kau tiada hak perempuan!

Kau siapa?

So please get a better life!

Idiot.

Khamis, September 25, 2014

Kesayangan abang

Perghhh.. Lama tak update blog!

Bz uols... Sedih taw kat office ni makan berak pun tak menentu... Kat rumah janganlah mimpi nak update apa pun.....   

Harini bila buka draft, ada banyak entries tertunggak... Gambar dah upload tapi cerita aje belum mampu nak karang lagi... Uhuks...

Dah almost sebulan Bi start kerja.. Anak-anak pun masih dalam fasa terbayang2 Daddy lagi... Masih sebut2 Daddy itu Daddy ini.... Paling terkesan sure lah Ariq sebab everytime dia buat kerja rumah Daddy yang tolong selama ni.... Dia tidur ke apa ke, memang dengan Daddy.. Qila independent sikit... Amily? Dia belum tahu apa lagi... Janji cukup makan pakai main... Hehehe

Ko tengok... Ni haaa dia tengah kacau abangd ia buat homeworks... Abang tak kisah pun.. Takdelah reti nak marah... Sayang sangat...

Sekarang ni Mummy balik kerja barulah dia nak bukak homeworks dia.. Kakak otai... Awal2 dia dah siapkan... Si Ariq ni mmg kena supervise lah kalau tak mmg tak siap..

Amily pun sama, suka sangat kacau dan buli abang... Dia duduk atas buku abang punnnnn abang tak kisah... Ariq gelak je....

Nasib kaulah nak... 

Ko tengok... Dah macam orang tgh sembahyang pun ada.... 

Next month dah amsuk 5 tahun... How time flies.... 

Amily pun dah setahun 4 bulan....

Kejap je kan??

Ariq pun dah bising2 nak adik lagi.... Nak adik boy pulak...

Mampu??

Memang taklah... :P Yang tiga ni pun Mummy dah jadi hulk dah... Uhuks...

Isnin, September 08, 2014

Ok, kali ni memang jadi sign on..

Iya.... Dah seminggu lebih daddy start belayar dah....

Sedih memang sedih tapi hidup mesti diteruskan......

So last 2 weeks, sebelum hantar Daddy kat Hotel Midah, weols lepak hotel lain dulu sehari sebelum tu.... Lucky Mummy dapat booking Myhabitat Resident di Jalan Ampang nun... Sebab luas sikit dan ada dapur... Apartment satu bilik.

Terima kasih Mamakidsjunction!!

Sampai pun dah lewat apa lagi, lepas naik bilik simpan barang terus cari pool!
Actually anak2 tak tahu kami nak ke KL utk short holiday... Diorg ingat nak hantar Daddy je... Baju sekolah pun tak sempat tukar... Amily dok tidur dalam carseat mmg heaven Mummy bercinta dgn Daddy kat depan... Pasang DVD diam jelah bebudak ni...

Bila sampai je tempat ni... Punyelah diorg happy... Menjadi surprise Mummy untuk diorg..... :)

Memang cantik..... Berbaloi-baloi stay sini... Pool pun takde orang...

Amily pun excited... Nak terjun!

Memang tenang sangat walaupun sebenarnya kau berada di tengah kesesakan kota... So breathtaking.

Kan sayang kan? Dia ni bahaya wooo lepas... So sementara Mummy nak ambil gambar kau duduklah dulu dalam stroller ye dik....


Poolnya 1.2 meter je... Qila dah boleh berenang sikit2 so dia tak pakai armfloats. Sejuk sangat pulak airnya... Aku celup2 kaki je dahle...


Siapa tak happy dapat mandi pool macam ni? kids mmg sangat happy... Lama kot diorg tunggu Daddy kat Port Klang tadi settle few things...

Qila paling happy sampai tanak keluar pool. Ariq keluar je pool mintak karipap. Nenek bekalkan dari Melaka... Ihiks..

Adik mandi tak lama... Sejukkk... Keluar dari pool, pas minum susu dia ngap nuggets.. 

Dia pun antara yang terawal keluar.. Minum milo panas untuk hilangkan sejuk badan...

Ni sorg je yang liat sungguh nak keluar... Mummy nak tengok Rindu Awak 200% ni...... :P

Malam, kami jalan kaki ke KLCC niatnya... Tapi tak larat eh.... Makan kat Avenue K sahajor... Ihiks...

Makan kat Wondermama.

Diorang dah ngantuk sangat tapi tak komplen pun...

Ni pun dah ngantuk... Makan sikit je sebab sibuk melasak..

Ni laki ku pun pun dah ngantuk... Eh semua pun ngantuk!!


Diorg dah pandai pilih sendiri nak makan apa.. Tapi kami makan tak habis... Terpaksa tapau... Tak sedap.. :P

Ariq punya nasi goreng cina..

Amily makan nasi goreng cina sendiri... Boleh masuk jugak mulut dia..

 Aku punye nasi goreng. Ada petai kecik2 dalam tu kemain banyak... Spoiled!

Kami jalan kaki balik... Singgah lepak jap untuk layan anak2 minum air kotak beli kat 7E... Hehehe...

Kat Avenue K sempat shopping jap kat H&M Home... Best sebab concept memang menepati citarasa aku ni... Happy sangat!

Part paling best dalam apartment dia adalahd apur dia... Lengkap sangat noks! Semua ada. Boleh masak dan ada microwave nak panaskan apa2... Washing machine pun dryer!

Esoknya bangun pagi, lepas je breakfast sambung main kat playground...


Lepas tu mandi pool lagi... Lepas check out, kami straight ke Dayabumi.... Nasib tak berapa jammed.




Lama betul tunggu Daddy uruskan hal kat office. Qila dah bosan. Ariq ikut Daddy naik atas... Sian tengok bebudak ni masing2 belum tahu yang Daddy nak works lama.. 6 bulan Daddy cuti... Mesti diorg rasa kehilangan terutama Ariq sebab dia 24hrs dengan Daddy takleh pisah. Mana2 ikut je Daddy pergi waima nak berak pun dia tanya Daddy mana....

Sebelum balik Melaka, weols bawak kids naik train... Petang tu... Naik dari Sentral. DInner kat NU Sentral. Not bad jugak kat situ macam2 ada.. Sediakan DUIT sahajor... 


My happy kids dapat naik train di waktu puncak orang balik kerja... Hohohohoh...


Malam tu pas dinner pukul 9 aku pun drivelah balik ke Melaka dengan anak2 je... Daddy stay kat Hotel Midah. Esok semua kerja dan school malas nak stay lagi... Better balik malam sebab kids tidur.

Lucky Amily tak merengek. This time dia duduk depan sebab abang kakak dah terbongkang kat belakang... Dia terjaga, sampai Senawang baru dia tidur balik.... Nasib baik dia tak ngamuk. Bagi susu tanak pulak. Dia layan mata je....

Pukul 11.30 malam baru sampai rumah...... Sayu tengok anak2... Takpelah... Usah difikirkan kesedihan itu sangat...

Bukan anak aku je yang alami benda macam ni. Ramai lagi anak2 pelaut kat luar sana yang alami rasa yang sama... Sedih macam mana pun kena harungi juga.. Rezeki kami dah tertulis di laut biru.

Tipulah kalau aku tak sedih atau tak nangis malam2 tu kan.... Rasa sunyi tambah lagi lepas tu Amily demam teruk... Berjaga sensorang setiap malam sebab dia cranky sangat... Maybe dia pun rasa kehilangan... Daddy yang jaga dia 6 bulan ni masa Daddy cuti...

Nak buat macam mana...

Kenalah redha.. 

Anak2 Mummy semua kuat kan sayang...

Buat Daddy, kami iringi Daddy dengan doa dan ingatan penuh kasih sayang..

Love you Daddy!!!


Oishino Hakkai Village, Yamanashi

Masa trip ke Tokyo last Februari, sajalah sewa kereta selama 6jam sebab masa suntuk kan, day trip je pund ari Tokyo, so malas nak bazir masa...